Monday, 9 July 2012

SIAPA 3 SELEBRITI BAKAL MURTAD..???


Semalam ada baca berita mengenai kareena kapoor yang tidak mahu memeluk islam meskipun bakal berkahwin dengan saif ali khan seorang muslim. Rujuk sini 
Kareena menganuti hindu manakala saif ali khan menganuti islam. Maka sememangnya kareena perlu memeluk islam supaya mereka boleh bernikah. Kalau tidak macam mana nak anggap perkahwinan mereka jika dikahwinkan ikut adat hindu? 

Bukan kah itu dianggap melakukan zina ataupun murtad bagi saif ali khan kerana tidak bernikah mengikut rukun2 nikah yang telah ditetapkan? 

Dan rupany2 gejala artis berkahwin dan sanggup tukar agama kepada agama selain dari islam bukan lah perkara baru di indonesia. Baca sendiri petikan dari yahoo news kat bawah neh ;

Kontroversi terbaru yang terjadi di kalangan dunia hiburan Indonesia apabila berita tiga selebriti mereka dikatakan telah menukar agama dalam erti kata lain, murtad tersebar.

Menurut satu sumber, salah seorang daripada selebriti tersebut adalah Pinkan Mambo. Penyanyi yang popular dengan lagu "Kekasih Yang Tak Dianggap" itu sudah dua kali menukar agama, perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh ibunya, Deetje. Deetje yang kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh anaknya itu memberitahu bahawa dia belum pernah melihat Pinkan ke gereja, namun dia memberitahu bahawa anaknya itu sudah mula belajar agama lain.

Pinkan atau nama sebenarnya Pinkan Ratnasari Mambo dikatakan telah berubah dengan mendadak sejak kebelakangan ini. Menurut Deetje, dia merasa seperti kehilangan anak namun hanya berserah pada yang maha berkuasa.

"Anak merupakan kurniaan Tuhan dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,"ujar Deetje.

Yang kedua pula adalah selebriti yang terkenal dengan watak Aisha dalam filem "Ayat-Ayat Cinta", Rianthi Rhiannon Cartwright. Dia turut dikatakan telah menukar ke agama kristian apabila berkahwinan dengan Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan atau lebih dikenali dengan Cas. Perkahwinan mereka dilangsungkan di Gereja Old St Patrick, New York Amerika Syarikat. Berita ini diketahui apabila risalah gereja tersebut tersebar dan memperlihatkan wajah bintang pengacara MTV itu.

Pengurus kepada Rianthi, Adi kemudian dihubungi bagi mengesahkan dakwaan tersebut, namun Adi enggan mengesahkan sebaliknya memberitahu bahawa dia tidak tahu mengenai perkara tersebut dan menjelaskan bahawa dia hanya berhubung dengan Rianthi hanya atas urusan kerja.

Adi mencadangkan agar mendapatkan pengesahan daripada paderi di gereja tersebut namun pihak mereka juga enggan memberi kerjasama.

Selebriti paling terbaru yang didakwa murtad adalah Happy Salmah atau nama sebenarnya Jero Happy Salma Wanasari. Dia dikatakan telah memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan teman lelakinya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja.

Happy yang merupakan seorang model dan pelakon filem dikatakan telah menjalani satu upacara pindah agama Hindu dimana dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani.

Upacara yang diadakan di Villa Ibah, Ubud Indonesia adalah sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas menyatakan menganut agama Hindu.

Upacara itu adalah antara syarat yang harus dituruti apabila seseorang mahu berkahwin mengikut adat Hindu. Mereka kemudiannya telah melangsungkan perkahwinan di Puri Saren Kauh, Ubud yang kemudiannya diikuti dengan majlis di Sukabumi.

Happy turut memberitahu bahawa dia tidak mahu bercakap secara terbuka mengenai status agamanya.

"Saya tidak akan bercakap mengenainya,"kata Happy.

Isu masyarakat Islam di Indonesia, baik lelaki mahupun wanita yang menukar agama lain untuk berkahwin dengan pasangan masing-masing adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana mendakwa ulama berkata ia dibolehkan.

Dibolehkan? Iye ke dibolehkan di indonesia? Ada sesiapa yang tahu kebenaran nya? Takan sampai tinggal solat dan masuk gereja pun dibolehkan? Bukan kah ajaran islam dan kristian itu lebih mempunyai banyak perbezaan berbanding persamaan? Lagipun kitab2 kristian telah diubah. Bukan menggunakan kitab injil yang asal. So apsal pula dibolehkan?

Pelik2 sungguh gaya hidup artis zaman sekarang yek.. di negara majoriti islam pula tue.. dasat.

4 comments:

  1. sebab itu indon diuji dengan banyak bala bencana..

    ReplyDelete
  2. setuju anon kat atas. lepas satu satu bencana alam Allah turunkan. bukan nak jatuh hukum tapi setiap apa yang berlaku mesti ada sebab dan akibat. senang je nak tukar agama kan. kristian, hindu semata2 nak kawin dengan pasangan yang menganuti agama lain. betapa rapuhnya iman. sedangkan pasangan masing2 kuat berpegang pada agama mereka. tapi kat indon memang gitu. akidah, iman memang senipis kulit bawang biarpun bumi itu mempunyai penduduk beragama islam paling ramai di dunia. bak kata bekas guru aku dulu masa beliau pergi ke sana jumpa orang yang sama, pagi boleh bagi salam, petangnya dah tak boleh sebab dah masuk kristian. tu tak masuk yang kawin tapi berbeza agama, sorang islam sorang lagi agama lain. bila dapat anak boleh plak pilih agama mana yang nak dipakai. tapi kalau tengok life style artis2 indon kalah artis hollywood,bollywood. bergambar sexy, berbogel, tayang body tak jadi hal pada mereka. kadang tu muka sebiji jawa indon tapi dressing maut beb. nauzubillah jangan lah jd macam ini pada umat islam di malaysia ni . aku tak kata lah kat malaysia ni bagus sangat tapi kalau nak banding rasanya jauh lebih baik. masih lagi pikir darjat islam itu biarpun tak lah warak sangat, dan bumi ni pun tak lah dipenuhi kiyai dan golongan waraknya seperti indon tapi masih gak golongan ulama boleh menegur jika ada yang buat salah bukan ape bila dah melampau sangat sampai Allah dah benci bukan setakat yang buat yang tak buat pun akan kena padah balanya.

    ReplyDelete
  3. aku pun sebenarnya sangat pelik dgn situasi kehidupan di indon. bagaimana boleh orang Islam berkahwin dengan penganut kristian tnpa kristian tu masuk Islam... contohnya mcm artis Lydia Kandou dan Jamal Mirdad. Adakah sebagai seorang Muslim, seseorang itu tidak tahu syarat sah nikah....rukun nikah dsb. wallahualam.

    ReplyDelete