Monday, 23 July 2012

SI CILIK MENYARA KELUARGA.........


Bulan Ramadhan yang mulia ini.... kata orang makruh dan boleh terbatal puasa jika menangis.... tetapi teman tidak mampu menahan sebak dan airmata tatkala membaca myMetro secara online pagi ini.... Sedih sangat dengan kisah 3 beradik yang terpaksa ponteng sekolah hanya kerana keletihan akibat 'berniaga untuk menyara keluarga'....semuanya kerana mahu membantu ibu mereka yang tiada punca pendapatan untuk menampung kehidupan kerana ditinggalkan begitu sahaja oleh bapa mereka..... Di kala anak-anak lain sebaya mereka pergi ke sekolah menimba ilmu... tetapi mereka setiap hari berjalan kaki lebih kurang sejauh 3 kilometer untuk menjaja nasi lemak, bihun dan mee goreng yang dimasak oleh ibu mereka..... Bayangkan anak kecil kita seusia 8 tahun membawa bakul berisi makanan... berjalan kaki tanpa menghiraukan terik mentari...sambil berteriak.... nasi lemak! bihun goreng!!!! Yang simpati mungkin akan membeli tetapi yang tidak suka mungkin akan mengeji....... ohhhh!!! Macam mana teman mampu menahan airmata dari terus mengalir.....????

Ikuti kisah mereka sebagaimana yang dipaparkan di myMetro......

RINGAN BEBAN...Noraini bersama anak-anaknya selepas balik dari menjual makanan.
RINGAN BEBAN...Noraini bersama anak-anaknya selepas balik dari menjual makanan.
JOHOR BAHRU: Tiga beradik berusia lapan hingga 11 tahun terpaksa ponteng sekolah kerana keletihan menjual nasi lemak untuk menampung keluarga manakala kakak sulung mereka sudah berhenti sekolah disebabkan malu diejek rakan berikutan gagal menjelaskan yuran sekolah.

Itu pengorbanan dan masalah yang membelenggu empat beradik terbabit dan ibu mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Noraini, 35, amat kecewa kerana anak-anaknya itu tidak dapat meneruskan pelajaran seperti rakan lain, sedangkan mereka ada potensi untuk maju.

“Pengorbanan empat anak saya begitu besar nilainya dan tiada tandingan, malah kerana bersusah-payah membantu saya meneruskan kehidupan seharian dengan menjual makanan setiap hari tanpa mengira panas atau hujan.

“Mereka bukan sengaja ponteng sekolah, sebaliknya disebabkan keletihan kerana berjalan lebih tiga kilometer setiap hari menjual nasi lemak, mi goreng dan bihun goreng yang saya buat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kempas, di sini.

Noraini berkata, dia terpaksa bergantung kepada tiga anaknya yang dikenali sebagai Hamirul, 11, Nabila, 9, dan Alyah, 8, untuk mencari wang bagi menampung kehidupan kerana suami meninggalkannya dalam keadaan ‘digantung tak bertali’ sejak lima tahun lalu.

**** Berharap.... pihak yang berwajib ...yang berdekatan dengan keluarga ini atau ada para dermawan yang sudi menghulurkan bantuan kepada keluarga ini, sekurang-kurangnya bagi meringankan beban ibu tersebut lebih-lebih lagi  dalam menghadapi Ramadhan , dan pastinya..Hari Raya yang bakal menjelang (walaupun masih terlalu awal utk memperkatakannya)...... Paling bagus bila .... anak-anak cilik itu dapat kembali semula ke sekolah.


No comments:

Post a Comment