“SAYA ok kerana saya seorang hero. Selepas Spiderman, Batman kini giliran Pocketrocketman,” itu luahan keyakinan yang dilontarkan jaguh basikal negara, Azizulhasni Awang berhubung situasi terkininya.
Namun pelumba yang dikenali sebagai The Pocketrocketman mengharapkan doa rakyat Malaysia terus mengiringinya agar dia mampu melakarkan sejarah menghasilkan pingat emas pertama buat negara.
Kelmarin, kontinjen Olimpik negara dikejutkan dengan berita kecederaan pelumba kelahiran Terengganu itu apabila terbabit kemalangan ketika menyertai pertandingan di Jerman, sehingga mengakibatkan lebih 60 serpihan kayu tertusuk di badannya.
Episiod itu bagaikan mengulangi kejadian ngeri yang berlaku kepada pemenang pingat emas Sukan Asia, Sukan Komanwel New Dehli dalam acara keirin, tahun lalu apabila betis kakinya tertusuk kayu sepanjang 7 inci ketika menyertai siri klasik Piala Dunia di Manchester, England.
Azizul yang kini sudah tiba diperkampungan sukan di London, awal pagi semalam, mengucapkan jutaan terima kasih di atas kata-kata semangat yang diberikan kepadanya.
“Terima kasih semua. Saya harap rakyat Malaysia akan terus menyokong saya dan mendoakan kejayaan saya. Fokus saya adalah Olimpik dan bukannya kecederaan saya,” katanya.
***Walaupun ketika umat Islam di seluruh dunia sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.... tetapi demi sukan negara, mereka sanggup menghadapi semua cabaran...... LIHAT DI SINI
Harap atlit kita dapat bawa pulang sebanyak yang mungkin mas untuk negara...
ReplyDelete