KUALA LUMPUR - Risikan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata, Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi Pas selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.
"Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PKR juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana.
"Kesannya, idea-idea berhubung politik baru yang berpotensi menjejaskan nilai teras negara telah berkembang. Gerakan ini sebenarnya mendapat sokongan daripada badan bukan kerajaan (NGO) asing yang membantu dari segi kewangan, latihan dalam dan luar negara serta pendedahan kepada kepakaran tertentu untuk menghadapi pilihan raya," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk "Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen hari ini.
Konvensyen sehari itu dianjurkan oleh Parlimen Malaysia bersama-sama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru dan Majlis Belia Malaysia, di bangunan Parlimen.
Mohd Sofian berkata, tindakan gerakan itu sebenarnya bertujuan untuk melahirkan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang sentiasa bersikap bermusuhan terhadap kerajaan sekaligus bermatlamat mewujudkan suasana kucar-kacir sehingga melemahkan sesiapa sahaja yang memerintah negara.
"Dalam hal ini, kita bimbang tindakan parti pembangkang dan NGO memainkan isu kontroversi yang membakar sentimen rakyat agar membenci kerajaan menjelang pilihan raya.
"Ataupun (ia) meningkatkan aktiviti demonstrasi dan juga insiden yang boleh mengalihkan tumpuan pihak polis... gerakan massa mengheret rakyat turun ke jalanan melakukan demonstrasi akan terus menjadi trend di negara kita," katanya.
Beliau berkata, perhimpunan Bersih, Oren dan Hijau, yang dianjurkan pihak yang disokong pembangkang, baru-baru ini merupakan rancangan yang diatur khas sehingga pilihan raya umum akan datang.
"Tambahan pula budaya kempen sepanjang tahun yang diamalkan di negara ini menyebabkan fikiran rakyat terus terdedah dengan pelbagai maklumat yang mempunyai nilai politik,"kata beliau dipetik Bernama. - Bernama
Jangan tersalah sangka pengaruh komunis itu menular dari Selatan Thailand kerana PKM tidak lah berbisa mana dan struktur mereka tunggang langgang dan mereka adalah parti yang di haramkan.
ReplyDeleteSebenarnya PKI (Partai Komunis Indonesia) yang paling berjaya. Mereka juga lebih di kendalikan oleh China berbanding Russia. Ada persamaan di situ. Mereka lebih kepada fahaman Marxism–Leninism–Mao Zedong Thought atau Maoism.
Partai Komunis Indonesia lebih maju. Ditubuhkan pada 1914. Segala dokumentasi mengenai perjalanan dan pengurusannya lengkap dan kemas. Setiap daerah terpilih mempunyai kelas belajar Sifir komunis iaitu pemafahaman mengenai Maxis-Lenin. Buku buku di jual kepada penyokong dan para simpati.
Mustahil semua itu hilang sedang saya mendapatkan banyak buku buku rujukannya di internet.
Masih lagi orang Indonesia mengkagumi Tan Malaka seorang yang berfahaman komunis. Dia banyak menulis mengenai komunis. Buku bukunya wujud. Carilah kalau tak percaya.
PKI adalah satu organisasi yang lebih maju dari PKM. Ketuanya DN Aidit berjumpa Mao Tse Tung China dan Juga Khrushchev Russia.
Lihat di sini Perayaan Milad PKI yang ke 45 di Jakarta. Di stadium saja 100,000 orang. Video ini di ambil oleh bapa kepada seorang rakyat Russia.
Perhatikan: http://www.youtube.com/watch?v=NaY4TSl49jY
PKM kacang putih saja. Dokumen pun tak da. Hati hati dengan pengaruh PKI ini.
Terima kasih diucapkan kepada saudara/ri kerana sudi memberikan info yg sangat menarik di blog saya....
DeleteMudah2an perkongsian ilmu ini berterusan dari semasa ke semasa..