Saturday, 21 July 2012

KRISIS AIR DI SELANGOR : "KEGAGALAN PROJEK PENSWASTAAN ERA MAHATHIR"...???


Kedua-dua pihak mempunyai ‘kepentingan besar’ dalam krisis air Selangor untuk menangi hati pengundi

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Perlawanan panjang dan tuding menuding antara kedua Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) dalam rangka untuk mengawal sumber air di Selangor merupakan negeri terkaya di Malaysia telah membuka mata ramai tentang berapa banyak jumlah wang yang bakal dipertaruhkan dan berpotensi menjadi satu lagi contoh kegagalan projek penswastaan era Mahathir.
Krisis ini juga boleh mempengaruhi undi dalam pilihan raya akan datang di Selangor dan Kuala Lumpur, bergantung kepada siapa yang bakal disalahkan sekiranya bekalan air mereka terputus. PR sekarang ini memerintah Selangor dan memenangi 10 daripada 11 kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Minggu lalu, rakyat Selangor dan Kuala Lumpur dikejutkan apabila Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) mengatakan bahawa catuan bekalan air mungkin terpaksa dilakukan akibat daripada simpanan bekalan air bersih yang semakin berkurangan.
Pengkritik SYABAS dan syarikat induknya Puncak Niaga dengan pantas mengatakan bahawa krisis bekalan air ini “diolah” dan percubaan untuk mempercepatkan pembinaan loji rawatan air Langat 2 bernilai RM3.6 bilion dan spekulasi mengatakan menarik minat Puncak Niaga untuk menguruskannya.
Apabila kerajaan negeri, syarikat yang mendapat konsesi air dan kerajaan pusat saling menyalahkan tentang masalah kekurangan air telah mendatangkan kebimbangan kepada penduduk Selangor dan Kuala Lumpur yang boleh menjadi isu pilihan raya bergantung kepada siapa yang mereka rasa bertanggungjawab bekalan air dipotong.
Ramai masih menyimpan kenangan pahit tahun 1998 apabila beribu-ribu terpaksa beratur dengan baldi di belakang trak air walaupun banyak sungai yang sentiasa mengalir di negeri ini dan lambakan air ke laut.
Jika pengundi percaya kerajaan negeri yang bersalah dalam permasalahan air ini, BN akan mendapat kelebihan dan mungkin berjaya mengambil alih negeri ini dari PR.
Akan tetapi, jika pengundi percaya kerajaan pusat dan pemilik konsesi air yang dikaitkan dengan Umno yang menyebabkan mereka mengalami kesusahan, BN mungkin terpaksa melupakan hasrat mereka untuk mengambil alih negeri Selangor.
Puncak Niaga yang mengoperasikan majoriti loji rawatan air Selangor, 29 daripada 34-40 peratus daripada sahamnya dipegang oleh Tan Sri Rozali Ismail, yang pernah menjadi bendahari Umno Selangor dan orang ke 31 terkaya di Malaysia menurut Forbes.
Sementara Puncak Niaga pula memegang 70 peratus daripada saham SYABAS yang mana kerajaan negeri hanya memiliki 30 peratus saham menyebabkan pemimpin Umno itu berkuasa terhadap rawatan air dan distribusi air di negeri yang dikuasai PR itu.
Puncak Niaga dan SYABAS juga dilaporkan meminta wang lebih dari kerajaan negeri, menolak dua tawaran dari kerajaan negeri kerana dikatakan terlalu rendah, termasuk tawaran untuk membeli dua syarikat dengan harga RM9.2 bilion termasuk dua lagi pemegang konsesi Splash dan Konsortium Abbas walaupun Splash dan Konsortium Abbas menerima tawaran tersebut.
Koordinator Gabungan Membantah Penswastaan Air (CAWP), Charles Santiago, yang juga ahli DAP mendakwa penswastaan air di Selangor berakhir dengan “bencana”.
Beliau mengatakan, air dahulunya memberikan pendapatan sebanyak RM40-50 juta kepada kerajaan Selangor sebelum diswastakan pada tahun 1990an.
Charles juga mempersoalkan sama ada mempercepatkan pembinaan Langat 2 bertujuan untuk memberikan lebih banyak keuntungan kepada SYABAS.
“Apakah syarikattersebut mengolah krisis untuk mendapatkan projek?” tanya Charles. “Apakah kerajaan pusat menjanjikan pengurusan dan operasi Langat 2 kepada SYABAS ?”
S. Piarapakaran dari Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) berkata, air tidak sepatutnya menjadi kepentingan peribadi.
“Industri air harus berasaskan sosio ekonomi dan bukan berasaskan keuntungan,” katanya lagi.
Perdebatan mengenai kekurangan bekalan air adalah kerana perlawanan diantara kepentingan orang ramai dan kepentingan peribadi.
Sebanyak 30 peratus air yang dipulihkan di Selangor dibazirkan atau Air yang Tidak Mendatangkan Keuntungan (NRW) yang kerajaan Selangor manfaatkan dari SYABAS untuk mengagalkan syarikat tersebut untuk menaikkan tariff yang akan mendatangkan keuntungan jutaan ringgit kepada syarikat milik Umno tersebut.
Kerajaan negeri juga telah membekukan perbelanjaan modal, satu langkah yang dijadikan punca oleh Puncak Niaga kerana kekurangan pembaikan paip bocor dan bermakna pembaziran terus dilakukan.
“Pembekuan perbelanjaan modal telah melumpuhkan rancangan kami untuk membaik pulih, memulih dan meningkatkan infrastruktur pengedaran air khususnya di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Permintaan yang kian meningkat bagi air yang dirawat untuk ramai penduduk negara, kawasan dan kebarangkalian berkembang pesat  akan mengalami masalah kekurangan air,” kata Puncak Niaga dalam Laporan Tahunan 2011.
Menurut setiausaha jabatan di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA), Sutekno Ahmadbelon mengatakan, lebih baik melabur di Langat 2 kerana ia berharga RM7.2 bilion untuk mengurangkan NRW dari 32.3 peratus ke 20.8 peratus yang hanya boleh menggeluarkan lebihan 500 juta liter air setiap hari (MLD).
Langat 2, yang berada dibawah Projek Pemindahan Air Mentah Pahang Selangor  yang berjumlah RM8.9 bilion yang boleh membekalkan 1,130 MLD.
Walaubagaimanapun Santiago berhujah mengatakan kos untuk membina Langat 2 akhirnya nanti akan ditanggung oleh pengguna.
Santiago juga menyatakan SYABAS adalah satu-satunya yang mengeluarkan angka-angka di atas bekalan air di negeri ini dan mencadangkan bahawa juruaudit luar bebas dibenarkan melakukan pengesahan kepada angka-angka tersebut.
Percubaan untuk menghubungi Rozali di telefon bimbitnya dan teks pesanan ringkas (SMS) menemui kegagalan buat masa ini.
Pemerhati industri mencadangkan satu cara untuk mengelakkan kekurangan bekalan air dengan memastikan sistem distribusi air benar-benar dalam keadaan baik dan berfungsi seperti grid supaya loji rawatan dengan kapasiti berlebihan boleh mengepam air ke tempat permintaan adalah lebih tinggi.
Tinjauan terhadap laporan tahunan Puncak Niaga bagi 2011 menunjukkan sesetangah loji beropreasi melebihi kapasiti manakla sesetengah lagi pula sebaliknya.
Loji Sungai Selangor Fasa 2 (“SSP2”) purata pengeluaran harian meningkat kepada 958680000 liter daripada 954280000 liter pada tahun 2010 — melebihi kapasiti reka bentuk harian SSP2 950000000 liter.
Oleh Lee Wei Lian - THEMALAYSIANINSIDER

No comments:

Post a Comment