Sunday, 1 July 2012

COCA-COLA, PEPSI MENGANDUNGI ALKOHOL..???

Coca-Cola dan Pepsi mengandungi jejak alkohol, berdasarkan penelitian saintifik yang diterbitkan di Perancis.

Perkara berkaitan alkohol di dalam minuman berkarbonat jenama Pepsi dan Coca Cola telah lama menjadi persoalan dan 'perbalahan'...

Pendedahan itu akan menimbulkan kebimbangan di antara mereka yang memilih minuman ringan berkarbonat untuk alasan agama, kesihatan atau alasan keselamatan lain.

Menurut ujian yang dilakukan oleh Institut Konsumsi Nasional (INC) yang berpusat di Paris, lebih dari setengah minuman cola terkemuka mengandungi jejak-jejak alkohol.

Dailymail menulis, ini termasuk para pemimpin jenama minuman bersoda tersebut seperti Coca-Cola dan Pepsi, sementara itu sebahagian cola versi supermarket yang murah tidak alkohol.

Majalah Perancis '60 Million Consumers ', menerbitkan hasil ujian mengejutkan tersebut dalam edisi terbaru mereka.

Mereka berpendapat bahawa setiap liter Cola diatas mengandungi 10mg alkohol, atau sekitar 0,001 peratus alkohol.

Meskipun terbilang sangat kecil, namun angka masih akan cukup untuk mengganggu ribuan umat Islam yang secara teratur minum Cola kerana agama mereka melarang minum arak.

Ini juga membuat bimbang bahawa mereka yang minum Cola secara teratur, seperti orang-orang yang memilih minuman tersebut sebagai alternatif ketika mereka memandu.

Dari 19 cola diuji, sembilan yang tidak mengandungi alkohol dibuat oleh tanda termasuk Auchan, Cora, Casino, Leader Price dan Man U-Cola.

Sepuluh jenama yang mempunyai jejak alkohol di dalamnya adalah Coca-Cola, Pepsi Cola, Coca-Cola Classic Light dan Coke Zero.

Michel Pepin, pengarah saintifik untuk Coca-Cola Perancis, berkata: "Ada kemungkinan bahawa jejak alkohol berasal dari proses 'pembuatan Coca Cola sesuai resep rahsianya."

Ia juga menegaskan, bahawa Coca-Cola minuman 'ringan' yang diakui oleh pihak berkuasa kerajaan di mana mereka dijual.

Seorang juru bual Pepsi mengakui bahawa 'beberapa minuman ringan boleh mengandungi jejak alkohol kerana bahan yang digunakan,' meskipun 'resep Pepsi Cola tidak mengandungi alkohol.

Kedua-dua syarikat menyatakan bahawa buah alami dapat berfermentasi dan menghasilkan jejak alkohol dalam minuman Cola.

sumber lebih lanjut baca disini... daily mail

No comments:

Post a Comment