Friday, 6 July 2012

CEMETI EMAS KUNING NAGA AIR ASLI..!!!

Tak sangka miliki cemeti emas asli
Mazlan (kanan) dan rakan-rakannya bersama cemeti emas kuning terbabit yang berbentuk naga air.

BALING - Seorang kontraktor teruja setelah mendapati cemeti lama yang dimilikinya selama ini adalah cemeti emas kuning asli dipercayai berusia beratus tahun lalu.

Mazlan Md Nor, 48, terkejut setelah seorang tukang emas mengesahkan cemeti yang dimilikinya itu cemeti emas kuning asli yang sukar diperoleh kini.

Cemeti terbabit berbentuk naga air seberat 1,100 gram dan panjangnya kira-kira setengah meter. Menurutnya, khazanah berkenaan disimpannya sejak berusia seawal 20-an setelah diserahkan oleh ayahnya Md Nor Abdul Hamid, 80.

“Cemeti ini berasal dari nenek moyang saya. Kemudian diserahkan kepada ayah seterusnya kepada saya.

“Saya difahamkan, cemeti itu berasal dari Mataram, Indonesia dan peralatan istiadat kerajaan di Indonesia ketika waktu dulu,” katanya. Mazlan berkata, dia hanya simpan khazanah itu di dalam rumahnya dan jarang menceritakan perkara itu kepada orang lain melainkan rakan baik.

“Saya tidak menyangka itu adalah emas tulen sehinggalah ada seseorang tukang emas yang ingin mengesahkan ketulenan cemeti itu.

“Malah corak cemeti itu buatan tangan,” katanya.

Dia berkata, tukang emas itu menyarankan kepadanya agar tidak sama sekali menyerahkan cemeti itu kepada orang lain kerana dipercayai mempunyai kuasa tertentu.

“Namun, sebagai seorang Muslim, saya tidak boleh terlalu mengagungagungkan cemeti itu. Saya cuma terkejut kerana cemeti itu cemeti tulen,” katanya.

Katanya, terdapat pihak yang pernah menawarkannya RM200,000 untuk memiliki khazanah terbabit, tetapi dia terpaksa menolak atas alasan tertentu.

Mazlan berkata, dia berharap pihak yang berkenaan terutama bahagian kaji sejarah mengkaji terlebih dahulu cemeti itu.

“Saya ingin tahu asal usul cemeti ini, adakah ia milik sebuah kerajaan dulu kala ataupun ia hanya barangan purba yang ditinggalkan oleh masyarakat terdahulu.

“Justeru, sama amat mengalualukan pihak berwajib dapat tampil bagi membuat kajian mengenai khazanah ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, pakar sejarah mahupun sesiapa yang berpengetahuan mengenai khazanah ini boleh menghubunginya menerusi 017-4806789. Tak sangka miliki cemeti emas asli - Utara - Sinar Harian:

No comments:

Post a Comment