Wednesday, 25 July 2012

BAKAR KAPAL SELAM KERANA RUNSINGKAN BEKAS TEMAN WANITA....!!!

GAMBAR fail menunjukkan kapal selam nuklear
 USS Miami


PORTLAND, Maine - Seorang buruh di Amerika Syarikat membakar kapal selam nuklear milik tentera negara ini, USS Miami kerana dia mahu pulang awal, kata beberapa penyiasat tentera laut AS kelmarin.


Perbuatannya itu telah menyebabkan kerosakan sebanyak AS$400 juta (RM1.2 bilion) ke atas kapal selam tersebut.
Buruh itu, Casey James Fury, 24, yang berasal dari Portsmouth, New Hampshire berdepan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah berhubung dua tuduhan menyebabkan kebakaran USS Miami.
Ketika terbakar, kapal selam itu berada di sebuah limbungan kering pada 23 Mei lalu.
Kebakaran kedua berlaku di luar kapal selam berkenaan pada 16 Jun lalu.
Menurut afidavit yang difailkan sebuah mahkamah daerah AS di Portland kelmarin, Fury yang mengambil ubat untuk mengatasi masalah kerunsingan dan kemurungan memberitahu pihak berkuasa bahawa dia mencetuskan kebakaran supaya dapat pulang lebih awal.
Menurutnya, dia mencetuskan kebakaran kedua selepas runsing memikirkan tentang seorang lelaki menjalinkan hubungan dengan bekas teman wanitanya.
Kebakaran pertama yang menyebabkan kerosakan pada bilik peluru berpandu torpedo USS Miami berlaku di Limbungan Kapal Tentera Laut Porstmouth di sini. - AP

No comments:

Post a Comment