Saturday, 9 June 2012

UMNO DAN MCA DITIKAM DARI BELAKANG DI KEDAH..???!!!


Majlis Peguam membantah peruntukan undang-undang di Kedah yang menghindar sebarang fatwa daripada dicabar, dirayu, disemak, dinafikan atau dipersoalkan. Pindaan yang dibuat ke atas Darul Aman 2008 bulan lepas akan mengetepikan bidang kuasa mahkamah, kata badan itu.
Menurut presidennya Lim Chee Wee semalam, kekebalan yang diberikan – malah kepada apa-apa fatwa yang belum diwartakan pun – yang diputuskan oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa adalah bertentangan dengan doktrin pemisahan kuasa.
Pindaan ke atas enakmen tersebut sudah diluluskan oleh DUN Kedah. Namun Lim menegaskan bahawa sesebuah dewan undangan negeri tidak berhak untuk menggubal undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan akhbar Wanita MCA

Senator Chew Lee Giok, iaitu setiausaha agung Wanita MCA, berkata kegagalan DAP untuk memberikan apa-apa komen atas pindaan enakmen Kedah itu menonjolkan sikap mengelak serta keengganan parti untuk menangani isu.
Chew berkata ketidakberanian DAP bersuara menunjukkan parti tersebut tidak mendokong keluhuran Perlembagaan serta membayangkan DAP tidak terdaya untuk mempertikaikan tindakan-tindakan keras yang diambil oleh kerajaan negeri PAS.
Tambah beliau lagi, Adun DAP Kedah telah mengabaikan tanggungjawab untuk mempertahankan hak-hak golongan bukan-Muslim.
Kenyataan akhbar dikeluarkan kelmarin oleh senator MCA itu.
(Sumber: Laman MCA)

Seperti biasa Star mensabotaj

Sila rujuk (di kaki halaman) screenshot Star Online dirakam baru sebentar tadi pada pukul 3:05 petang. The Star tidak menyiarkan pandangan Senator Chew sama ada pada hari ini ataupun semalam.
Soalnya kenapa tidak?
Laman MCA tidak mempunyai ramai pembaca.
Dalam pada itu, pandangan Chew, yang juga setiausaha-agung Wanita MCA, seharusnya diterbitkan di dalam akhbar milik MCA kerana ianya merupakan isu mustahak bukan sahaja kepada parti dan masyarakat Cina; kesannya tidak terhingga ke atas hala tuju negara.
Ini bukannya kali pertama suratkhabar itu menenggelamkan isu kontroversi atau sensitif yang akan memberi impak negatif kepada DAP.
Sebelum ini juga, para pemimpin MCA telah mengeluarkan kenyataan media berkenaan isu hudud tetapi pendirian parti tersebut diremehkan oleh Star.
  • Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Tee Siew Kiong (setiausaha penyelenggara kebangsaan MCA) telah disunat oleh Star dari 366 patah perkataan menjadi 112 pp sahaja,
  • Yang Senator Chiew Lian Keng (pengerusi Pemuda MCA Wilayah Persekutuan) punya kenyataan dikembiri panjangnya tiga suku — dari 409 pp menjadi 109 pp, dan
  • Yang Loh Seng Kok (ahli majlis tertinggi merangkap timbalan pengerusi biro publisiti) punya telah dipotong hampir ke pangkal, dari 484 pp tinggal 84 pp.

Baca ‘The ‘size of balls’ no joke with MCA’

Apa sebenarnya muslihat Star?
Jawapan kepada soalan amat mudah sekali. The Star sengaja kuburkan berita demi menjaga DAP yang pasti tercabar dengan perkembangan di Kedah ini.
Sebagai perbandingan, kempen mempromo peribadi (personality cult) DAP, seperti Lim Guan Eng meraikan Hari Ibu dengan memberi bunga-bungaan kepada warga emas, mendapat liputan satu mukasurat penuh di Star.

Gunting dalam lipatan

Pada hakikatnya kebanyakan kerusi MCA dimenangi atas ehsan undi Melayu dan senator-senator MCA pula dilantik atas ehsan presiden Umno.
Dalam hal hudud dan fatwa, tangan Umno terikat gara-gara terpaksa menjaga hati pemilih luar bandar. Takkan The Star, akhbar milik MCA, mahu supaya Umno bertegang urat dengan PAS berkaitan isu-isu agama Islam dan seterusnya menghadapi risiko hilang undi Melayu?
Ataupun itulah yang sebenarnya dikehendaki Star dalam diam-diam? Yakni jikalau ada orang Umno yang kurang menyenangi pemerintahan sistem pemerintahan berasaskan hukum agama (theocracy), maka Umno terpaksa pandai-pandai menyangah PAS dengan sendiri (fight its own battle)?
Hubungan Ali Baba yang terjalin di antara Umno dan MCA bermakna kerja mengekang PAS dalam hal ekstrimisme agama perlu di’sub kontrak’ kepada parti BN yang bukan-Islam agar kedudukan Umno di kalangan masyarakat Melayu tidak akan tergugat, terutamanya dalam saat genting menjelang PRU.
Adakah MCA sedia memenuhi tuntutan ini (keeping its side of the bargain) untuk menzahirkan apa yang tidak mampu diluahkan secara terbuka oleh Umno?
Nampaknya MCA lepas tangan sahaja.
INFO SETERUSNYA...... KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment