Thursday, 14 June 2012

TUN M TAK PERNAH TAKUT LIM KIT SIANG..!!!


Lim Kit Siang yang tidak pernah berjasa untuk negara semakin celupar dan giat 'menyerang' Tun Mahathir.

Kita jangan lupa apa yang pernah dilakukan oleh Lim Kit Siang ketika 13 Mei 1969. Kita jangan lupa mulut celupar pemimpin DAP dengan laungan 'SAPU MELAYU'. Kita jangan lupa Visi dan Misi DAP yang ditubuhkan dari PAP dan Lee Kuan Yew.

Malangnya ramai yang sudah lupa. Pemimpin DAP diangkat setaraf Khalifah Islam. Ramai yang sudah lupa hingga Pemimpin DAP didoakan ketika khutbah Jumaat sedangkan pemimpin Islam didoakan keburukan dan dihina.

Undi PAS bermakna kita memberi kuasa kepada DAP. Undi PKR bermakna semakin dekat DAP menjadikan Malaysia seperti Singapura.

Bila kita mahu sedar ?

Sumber berita Sinar harian :

Mahathir tidak takut jika PR menang PRU13 tapi ...

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, beliau tidak pernah takut jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) seperti dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Menurutnya, perkara paling menakutkannya adalah penyalahgunaan kuasa oleh PR dengan menggunakan pertuduhan palsu untuk meletakkannya di dalam penjara walaupun beliau tidak bersalah.

Katanya, sudah tentu perkara ini diinspirasikan oleh kejadian yang menimpa pemimpin Mesir, Hosni Mubarak dan Libya, Muammar Gaddafi di mana mereka diburu, ditangkap dan dihukum setelah tidak lagi memerintah.

"Dia betul. Saya takut. Saya takut pada bentuk salah guna kuasa seperti yang sudah ditunjukkan seorang pemimpin besar pakatan dengan menakutkan Dr Ristina Majid dan Umi Hafilda Ali supaya menarik balik surat Umi kepada saya,"  katanya dipetik daripada blognya semalam.

Dr Mahathir berkata, sepanjang pemerintahannya, beliau sentiasa berhati-hati agar tidak menyalahgunakan kuasa kerana menyedari beliau akan akan bersara dan kehilangan kuasa di suatu tahap.

"Jika saya menyalahgunakan kuasa, para pengkritik sudah tentu teruja mendedahkannya dan berusaha membawa saya ke penjara. Malah ia pernah dicuba beberapa kali.

"Sejak bersara, saya telah disoal siasat oleh polis dan Pejabat Peguam Negara beberapa kali. Saya juga hadir di hadapan tribunal yang bertanya dan mempersoalkan segalanya, termasuk wakil Majlis Peguam. Setakat ini tiada (tindakan)  boleh dikenakan terhadap saya," katanya

No comments:

Post a Comment