Thursday, 14 June 2012

SEBENARNYA....COKLAT BANYAK KEBAIKAN


10 KEBAIKAN COKLAT YANG PERLU ANDA TAHU....



Jika anda seorang yang gemarkan manisan, pasti anda akan gembira

 membaca fakta terbaru yang menunjukkan penggemar coklat selalunya 

mempunyai body mass index (BMI) yang lebih rendah.


Tapi! Sebelum anda mencapai cadbury ataupun snickers, anda kena

ingat bukan semua coklat yang di jual di kedai sama. Kandungan


gula, lemak dan bahan-bahan yang lain mungkin akan memberi


 kesan yang berlainan.

Walau bagaimanapun, mengambil coklat dalam sukatan yang 



berpatutan adalah satu perkara yang baik. jom baca fakta yang 


mungkin mengejutkan anda semua tentang kebaikan coklat.





1. Coklat mengurangkan kadar serangan strok.

Kajian di sweden menunjukkan wanita yang makan coklat lebih 

daripada 45g seminggu kurang berisiko terkena serangan strok 

sebanyak 20% lebih rendah.


9 LAGI RAHSIA KEBAIKAN COKLAT YANG TAK RAMAI ORANG TAHU, IKUTI ENTRY SETERUSNYA.....


2. Coklat meningkatkan kadar kesihatan jantung.

Antara lain ialah, merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol

dalam badan, dan risiko menghidap penyakit jantung. Ini kerana 

coklat yang mampu bertindak melawan peradangan.




3. Coklat boleh melawan diabetis.

Kajian di Itali pada tahun 2005 mendapati coklat meningkatkan 

Sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko diabetis.




4. Coklat melindungi kulit anda.

Lupakan apa yang anda pernah dengar tentang coklat

menyebabkan jerawat. Coklat gelap sebenarnya adalah baiu

untuk kulit anda. Jenis antioksidan yang dipanggil flavonoid yang

ditemui dalam coklat gelap menawarkan beberapa perlindungan 

daripada kerosakan UV dari matahari. Tapi, itu tidak bermakna anda 

tidak perlukan pelindung matahari!




5. Coklat boleh mengelakkan batuk-batuk.

Ramuan dalam coklat yang dipanggil "Theobromine" mampu 

mengurangkan aktiviti saraf vagus. Sekitar rahun 2010, para saintis 

membuat kajian untuk menghasilkan sejenis ubat yang 

mengandungi theobromine bagi menggantikan ubat batuk yang 

mengandungi kodein yang boleh mendatangkan kesan sampingan 

yang berisiko.




6. Coklat memberikan anda mood yang baik.

Tidak dapat dinafikan, kenikmatan menikmati kemanisan coklat 

adalah sesuatu yang hebat. Menikmati makanan adalah sebahagian 

daripada menikmati kehidupan. Penggemar coklat juga mengatakan 

mereka berasa kurang stress.




7. Coklat membantu meningkatkan peraliran darah.

Koko mengandungi anti-pembekuan darah dan satu sifat yang 

bekerja dengan cara yang sama seperti aspirin, ia boleh 

meningkatkan aliran peredaran darah.




8. Coklat meningkatkan kadar penglihatan.

Oleh kerana keupayaannya untuk memperbaiki aliran darah,

khususnya ke otak,coklat didapati juga boleh meningkatkan aliran 

darah ke retina, sekali gus memberi rangsangan yang baik kepada 

mata.




9. Coklat boleh membuatkan anda bijak.

Peningkatan aliran darah ke otak mampu membuatkan kita lebih

berjaga-jaga dan sedar, Kajian di britain menunjukkan coklat boleh 

meningkatkan prestasi dalam bidang pengiraan.







10. Coklat boleh mengisi perut anda.

Oleh kerana coklat yang kaya dengan fiber, ia mampu membuat 

anda berasa kenyang dan kurang lapar. kajian juga menunjukkan 

coklat gelap lebih baik berbanding susu.


Coklat yang berada dipasaran sekarang ini banyak mengandungi 

bahan-bahan tambahan lain seperti gula, butter yang meningkatkan 

jumlah kalori. Pastikan sebelum anda membeli coklat di kedai, 

kandungan coklat yang terkandung adalah 70% atau lebih.

Satu sudu coklat asli mengandungi hanya 12 kalori, berbanding 

satu sudu gula iaitu 30 kalori. Coklat juga mengadungi kaffeine. 

Satu auns coklat mengandungi 23mg kaffeine. Tapi tak perlu risau, 

satu bar coklat hanya mengandungi 100mg kaffeine yang hanya 

bersamaan dengan satu cawan kopi.

No comments:

Post a Comment