Thursday, 7 June 2012

SAHAM FELDA BAKAL JADI PENYAKIT PADA PRU13???



Aku mungkin antara segolongan insan bukan peneroka ataupun anak peneroka yang dapat menyaksikan bagaimana sokongan warga Felda sebelum ini terhadap usaha kerajaan untuk penyenaraian FGVH. Walaupun dipasak dengan pelbagai khabar dan andaian oleh ANAK, namun dalam beberapa siri jelajah OPS Warisan dan Program Sepetang Bersama Pemimpin yang antara lain bertujuan menerangkan tentang penyenaraian FGVH, aku yang kerap mengikuti pihak Seranta (JPM), dapat menyaksikan majoriti sokongan warga Felda terhadap usaha kerajaan itu memang tidak berbelah bahagi.

Keghairahan warga Felda seolah-olah terbantut apabila mereka menandatangani borang biru. Masing-masing seolah-olah tidak percaya dengan jumlah 800 unit saham yang mereka perolehi! Di warung, di masjid, di gelanggang futsal malah di mana-mana sahaja, mereka memperkatakan tentang hal ini. Apa yang jelas, puak Pakatan seolah-olah membiarkan sahaja isu ini. Meraka hanya mengulasnya untuk hari pertama dan kedua sahaja, seolah-olah isu ini akan disimpan untuk dijaja pada kempen PRU nanti.

Persoalan yang timbul dibenak mereka ialah benarkah penyenaraian ini memberi keutamaan kepada warga peneroka yang merupakan penyumbang utama bahan mentah untuk industri-industri di bawah FGVH? Apa yang dipersoalkan mereka ialah wajarkah golongan peneroka hanya menerima sejumlah 90,108,000 unit saham untuk mewakili 112,635 keluarga? ...iaitu yang membawa kepada 800 unit saham bagi setiap peneroka?

Manakala terbitan saham selebihnya (keseluruhan 182,408,000 unit) yang diperuntukkan untuk  warga Felda iaitu 92,300,000 diagih-agihkan kepada bukan peneroka. Walhal mereka yang bukan peneroka, yang layak terhadap saham tersebut berjumlah hanya  kurang dari 30,000 orang sahaja.

Apa yang dipersoalkan sekarang ialah bukannya jumlah yang mereka terima, tetapi wajarkah orang lain yang dah dapat tumpang mencari rezeki dengan adanya peneroka Felda dapat lebih dari apa yang mereka dapat? Difahamkan kakitangan sokongan Felda dan kilang mendapat sehingga 3000 unit saham dan kakitangan pengurusan mendapat sehingga 6000 unit. Perkara ini perlu dijelaskan oleh pihak Felda kepada warga peneroka sebelum terlambat.

Apa yang menyedihkan di sini ialah, dalam setiap program untuk menerangkan isu penyenaran FGVH ini (boleh lihat dalam beberapa post sebelum ini) keterlibatan kakitangan sokongan dan pengurusan Felda ini sangat-sangat mengecewakan, malah ada sesetengah tempat, hanya pengurus sahaja yang datang. Nasib baiklah adanya pihak Seranta (JPM) yang kerap mengadakan program dan bertemu dengan golongan peneroka.

Sebelum terlambat elok benarlah pihak pengurusan Felda menggembeleng tenaga bersama-sama dengan pihak JKKK, Seranta, DUN mahupun Parlimen agar terus memberikan penerangan kepada warga peneroka tentang keistimewaan-keistimewaan yang telah dan bakal mereka terima susulan dari penyenaraian FGVH ini, terutamanya tentang tabungan 20% yang telah diumumkan oleh DS Najib.

No comments:

Post a Comment