Sunday, 3 June 2012

PAS TIADA PERANAN DALAM PAKATAN PEMBANGKANG..TAPI ADA HATI MAHU GANTIKAN BN!!!

KEPALA BATAS - Pemuda Umno mahu Pas membuktikan 'suara' mereka didengar dalam pakatan pembangkang terlebih dahulu sebelum beriya-iya mahu menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.



Reezal Merican: Pas tiada peranan dalam pakatan pembangkang 
   
Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mempersoal bagaimana Pas mahu menjadi parti utama orang Melayu sedangkan parti itu tiada peranan dalam pakatan tersebut dan hanya sebagai 'pak turut' kepada DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).
  
"Macam mana dia (Pas) nak jadi parti utama kepada orang Melayu kalau suara mereka dalam pakatan pembangkang pun tidak ada orang nak dengar, ini semua hanya mimpi-mimpi Pas.
   
"Sebagai contoh, Pas mahu (Malaysia) jadi negara Islam tapi rakannya dalam pakatan tidak mahu, suara mereka (Pas) tidak ada sesiapa nak dengar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
   
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dipetik sebagai berkata parti itu sudah bersedia untuk menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.
 
Abdul Hadi ketika berucap menyampaikan amanat sempena Program Himpunan Hijau ke Putrajaya di Alor Setar, Kedah, semalam juga dilaporkan berkata pakatan pembangkang juga sudah bersedia untuk menggantikan Barisan Nasional (BN) bagi memimpin negara.
   
Reezal yang juga Ketua Pemuda Umno Kepala Batas berkata kenyataan Abdul Hadi itu juga hanya gimik politik PAS yang mahu meraih sokongan orang Melayu.
   
"Kenyataan Presiden Pas itu juga hanya mahu meracuni fikiran rakyat dan saya percaya Pas  tidak mungkin dapat menggantikan Umno kerana sokongan untuk
parti itu masih di belakang DAP dan PKR.
   
"Sedangkan Umno dalam Barisan Nasional adalah tunjang kepada parti komponen lain," katanya. - Bernama



***Tanpa DAP dan PKR.... siapalah sebenarnya PAS..... 

No comments:

Post a Comment