Thursday, 28 June 2012

ORANG MELAYU ASALNYA BERKULIT HITAM...???

Sebagai menambahkan pengetahuan, seperti biasa penulis gemar meneroka dari blog ke blog untuk dijadikan sumber bacaan sebelum menjamah sarapan pagi jam 10. Penulis tidak pernah menetapkan level tertentu di dalam pembacaan, yang penting memberikan sumber pengetahuan. Samada blog tersebut tersebut famous atau tidak, lama ataupun baru, yang penting adalah ilmu pengetahuan yang boleh didapati melaluinya..... dan hasil 'klik yang tidak menentu pagi ini'.... penulis telah menemui satu PETIKAN DARI BLOG 'SEJARAH BANGSA MELAYU YANG HILANG' yang ingin dikongsikan di sini....



ORANG MELAYU SEMENANJUNG ASALNYA BERKULIT HITAM?

Rata-rata orang Melayu hari ini berkulit sawo matang atau coklat kemerah-merahan. Warna 
tersebut seakan-akan warna buah ciku yang sudah masak. Istilah ‘orang Melayu’ yang 
Penulis Blog maksudkan di sini bukan hanya sekadar meliputi orang Melayu di Malaysia sahaja, 
tetapi juga orang Melayu yang terdapat di Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand dan juga Myanmar.
Namun begitu, apakah pendapat anda sekiranya Penulis Blog mengatakan bahawa orang 
Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dahulukala asalnya berkulit hitam?. Penulis Blog yakin, 
tentu ramai yang tidak percaya! Mungkin ada di kalangan anda yang berfikir seperti ini - ‘bagaimana 
orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dahulukala berkulit hitam, sedangkan kita 
sebagai anak cucu atau keturunan mereka berkulit sawo matang?’. Berikut adalah jawapannya...
Tarikh Patani

Selain bahasa Melayu, manuskrip Tarikh Patani juga
kini boleh didapati dalam bahasa Inggeris dan Thai.

Beberapa bulan yang lepas, Penulis Blog telah menemui dua sumber pensejarahan yang 
membuktikan bahawa nenek-moyang kita dahulukala asalnya berkulit hitam. Sumber pertama ialah 
Tarikh Patani - sebuah manuskrip sejarah yang dipercayai dikarang pada sekitar tahun 
1500 Masihi oleh Syeikh Safiuddin al-Abassi atau Tuk Raja Faqih, seorang ilmuwan Melayu 
yang berasal dari negeri Patani Darussalam. Menurut Tuk Raja Faqih di dalam manuskrip 
Tarikh Patani:-

Adapun orang Melayu (di Langkasuka) waktu itu rupa(nya) hitam-merah
atau hitam manisRupanya kecil daripada orang Arab dan (orang) Parsi.”

Potongan ayat di atas menyatakan kepada kita tentang bagaimanakah rupa asal orang Melayu 
dahulukala di Semenanjung Tanah Melayu, khususnya di Langkasuka serta seluruh tanah 
jajahannya. Mereka digambarkan sebagai bangsa yang berkulit hitam-merah atau hitam manis. 
Warna kulit mereka ternyata berbeza daripada warna kulit kita pada hari ini. Jika sumber dari 
Tarikh Patani belum meyakinkan anda, kita rujuk pula kepada sumber pensejarahan yang kedua.

Zhí Gòng Tú

Ilustrasi yang menggambarkan 12 orang duta
dari pelbagai negara, termasuklah Langkasuka.

Sumber kedua yang Penulis Blog maksudkan ialah Zhí Gòng Tú (职贡图 職貢圖). Zhí Gòng Tú 
bermaksud ‘Potret-potret Persembahan Terbitan Berkala’. Zhí Gòng Tú merupakan satu set 
lukisan bersejarah rasmi, di mana setiap potret mengandungi gambar atau ilustrasi. 
Salah satunya telah dihasilkan ketika zaman Maharaja Yuan (508-555 Masihi), salah 
seorang pemerintah dinasti Liang di tanah besar China.

Pada asalnya, Zhí Gòng Tú yang dihasilkan pada zaman Maharaja Yuan ini mengandungi 25 
potret yang menggambarkan duta-duta dari pelbagai negara. Namun begitu, kini hanya tinggal 
12 potret sahaja kerana yang selebihnya sudah hilang atau tidak dapat dikesan lagi. 
Salah sebuah negara yang pernah menghantar duta ke tanah besar China ialah Langkasuka. 
Buktinya adalah seperti di bawah ini:

Potret yang menggambarkan seorang duta
berkulit hitam (tengah) yang berasal dari Langkasuka.

Apa yang menarik mengenai gambar atau ilustrasi di atas ialah warna kulit duta kerajaan 
Langkasuka di tanah besar China. Jika diperhatikan, kita akan mendapati bahawa warna kulit duta 
tersebut ialah hitam. Sumber dari negara China ini telah membuktikan bahawa apa yang 
diceritakan oleh Tuk Raja Faqih di dalam manuskrip Tarikh Patani itu bukanlah rekaan semata-mata. 
Sebaliknya, ia adalah fakta sejarah!

Hitam Bertukar Sawo Matang

Empayar Langkasuka dan seluruh tanah jajahannya.

Kini, hanya tinggal satu persoalan yang perlu kita jawab - jika benar orang Melayu d
ahulukala di Semenanjung Tanah Melayu asalnya berkulit hitam, bagaimana kita sebagai anak 
cucu atau keturunan mereka boleh berkulit sawo matang?. Jawapan bagi persoalan tersebut ada 
dinyatakan dengan jelas di dalam Tarikh Patani:

Syahdan, maka adalah ka(h)win nikah tidak ada (di Langkasuka),
sebab itu pun bercampurlah (orang) Hindi (India), dan
 (orang) Cina dan orang Melayu (Langkasuka).
Dan beranak cucu jadi orang campuran.
Dan orang Melayu (di Langkasuka) bercampurlah
keturunan zuriat. Tiada serupa dengan orang-orang Arab.

Adapun orang-orang Arab tidak bercampur. Tetapi (ada segelintir) orang-orang Arab 
datang ke Langkasuka pun ada bercampur juga. Dan akhirnya adalah keturunan orang Arab 
(di Langkasuka). Dan begitu juga orang-orang Parsi bercampur juga dengan orang-orang 
Melayu (Langkasuka).

Dan banyaklah orang-orang Arab datang berniaga dan duduk di negeri Patani (Langkasuka).
Dan orang-orang (Arab) itu bercampur kahwin dengan orang Melayu (Langkasuka).
Dan banyaklah keturunan mereka itu duduk di Patani (Langkasuka).”

Adapun orang-orang Arab dan orang-orang Parsi itu pun banyaklah berkahwin dengan orang 
Melayu di negeri Patani (Langkasuka). Dan orang Arab dan Parsi mana berkahwin itu bawa 
isteri (yang berbangsa Melayu) ke negeri China dan Khemir (Khmer) kerana berniaga ke 
negeri tersebut.”

Adapun Raja Seri Wijaya (Maharaja Srivijaya) mula masuk
 (ke negeri) Langkasuka itu (lalu) berkahwin dengan anak
Raja Langkasuka. Dan (men)dapat anaknya
 (yang) bernama (Raja) Bangsa.”

 “Syahdan, adapun seorang puteri Raja Senggora (Raja Sanjura) itu
sangat-sangat cantik rupanya. Maka adalah saudagar orang Parsi
minta berkahwin (dengan puteri Raja Sanjura itu). Maka Raja Antirata,
raja negeri Patani (Langkasuka) (itu) pun mintalah (kepada Raja Sanjura).
Maka akhirnya berkahwin(lah) anak saudagar Parsi (itu) dengan
puteri Raja Senggora (Raja Sanjura) itu. Nama anak
saudagar Parsi itu (ialah) Sulaiman Syah.

Semua perenggan ayat di atas telah membuktikan bahawa nenek-moyang kita 
dahulukala sudah mengamalkan perkahwinan campur dengan pelbagai bangsa asing seperti 
India, Cina, Parsi, Arab, Khmer serta Melayu Srivijaya dari Sumatera. Hasil dari perkahwinan 
campur inilah, lahirnya kita semua hari ini yang memiliki warna kulit sawo matang atau coklat 
kemerah-merahan.

Mungkinkah rupa asal nenek-moyang orang Melayu
di Semenanjung Tanah Melayu seperti ini?

Menurut Tarikh Patani juga, perkahwinan campur di antara orang Melayu Langkasuka dengan 
bangsa asing dipercayai telah berlaku sebelum kelahiran Nabi Isa A.S lagi. Berikut adalah petikan 
ayat yang membuktikannya:

Inilah kisah riwayat hikayat Raja Langkasuka.
Raja (me)merintah hukumah (kerajaan) ini agamanya Hindu dan Brahman.
Ibu ‘ashimah (ibu kota) (terletak) di negeri Kedah waktu sekarang.
Kita, nahnu (kami), tiada tahu bila mula,
lakin (tetapi) kata setengah-setengah orang tua,
(se)belum Nabi ‘Isa anak Mariam zahir (lahir), 
orang-orang Cina (sudah) datang bertijarah (berdagang) di negeri ini.”

Perenggan ayat di atas telah membuktikan bahawa amalan perkahwinan campur di antara 
penduduk pribumi Langkasuka dengan bangsa asing telah pun berlaku sejak lebih dari 
2,000 tahun dahulu. Ini secara tidak langsung telah mempengaruhi warna kulit orang 
Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, yakni daripada warna asalnya (hitam) kepada warna sawo 
matang.

Sebelum mengakhiri topik ini, Penulis ingin membuat EMPAT kesimpulan berdasarkan 
bukti-bukti pensejarahan di atas iaitu:

-  Nenek-moyang orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu pada asalnya berkulit hitam.
-  Orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu telah mengamalkan perkahwinan campur 
dengan pelbagai bangsa asing sejak lebih dari 2,000 tahun dahulu, yakni sebelum kelahiran 
Nabi Isa A.S lagi.
-  Orang Melayu di Kepulauan Sumatera dan Kepulauan Borneo sememangnya berkulit sawo 
matang sejak dari dahulu lagi. Ini membuktikan bahawa mereka TIDAK serumpun dengan
orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu yang pada asalnya berkulit hitam.
- Ini sekaligus membuktikan bahawa orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu 
BUKANlah kaum pendatang dari Kepulauan Indonesia, sepertimana yang didakwa oleh 
pihak-pihak tertentu. Sebaliknya, orang Melayu (dan juga masyarakat Orang Asli) 
adalah penduduk asal di bumi Semenanjung yang bertuah ini.
    Sumber Rujukan

    • Pensejarahan Patani.
    • Tarikh Patani.
    • Zhí Gòng Tú (Potret-potret Persembahan Terbitan Berkala - Dinasti Liang).
    • Laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP.

    No comments:

    Post a Comment