Thursday, 28 June 2012

MAHLIGAI KE-2 SHASHA BAKAL RUNTUH....

Sasha Saidin

MEMANG SAYA MAHU BERCERAI....
KUALA LUMPUR -  Kehadiran penyanyi Sasha Saidin, 36, ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam menjadi teka- teki kepada media dan juga peminat.
Namun, segalanya telah terjawab apabila dia memang mempunyai niat untuk memohon penceraian dari suaminya.
“Sebenarnya tujuan saya hadir ke mahkamah tersebut kerana mahu membuat permohonan cerai. Saya mengaku yang ketika ini saya memang mahu bercerai dengan suami saya, Salyo,” katanya yang dipetik dari kosmo.
Sasha yang sebelum ini tidak pernah mengalami sebarang kontroversi ataupun gosip rumahtangga telah memberi kejutan kepada semua peminat- peminatnya.
Hasil perkahwinan bersama suami  iaitu Salyo Priyanto,37, Sasha di kurniakan seorang anak, Adam Aryasenna Notosoemarsono, yang berusia tiga tahun.
Dia juga pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islammya, Johan Abdullah Skinner pada 2003.
Namun bahtera perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama empat tahun.

No comments:

Post a Comment