Sunday, 24 June 2012

KERANA DADAH, TIANG ELEKTRIK VOLTAN TINGGI DIKATA JAMBATAN.......

Tindakan yang dilakukan oleh seorang gadis  Republik Chez ini dikategorikan sebagai sangat nekad. Tindakannya itu  membuat warga, polis dan petugas elektrik setempat pusing tujuh keliling. Sebabnya, gadis berusia 21 ini memanjat sebuah tiang elektrik bervoltan tinggi dengan ketinggian 40 kaki tanpa sedikitpun alat keselamatan.

Death-defying: The drug-addled climber balances precariously on the wire, which she managed to mount in a pair of flimsy sandals
Death-defying: The drug-addled climber balances precariously on the wire, which she managed to mount in a pair of flimsy sandals

Gadis yang tidak diketahui namanya tersebut nekad melakukan tindakan yang sangat merbahaya ini kerana pengaruh dadah yang digunakannya sebelum dia beraksi. Gara-gara pengaruh ubat terlarang tersebut, sang gadis pun memanjat tiang elektrik tanpa rasa takut dan berada di atas selama lebih kurang 4 jam.

"Ini adalah mimpi buruk kerana dia di bawah pengaruh dadah sehingga berbuat hal yang tidak masuk akal," ujar jurucakap polis setempat, Jan Macalikova, sebagaimana yang dilaporkan oleh dailymail, Jumaat (22/6/2012).

Menurut polis tersebut, sang gadis berhalusinasi tinggi bahwa dirinya memanjat sebuah jambatan dan hendak menyeberangi sungai.

"Dia yakin bahawa tiang elektrik itu adalah jambatan yang melintasi sungai Morava," kata Macalikova.

Polis memerlukan waktu lebih dari 4 jam untuk memujuk gadis tersebut untuk turun. Kerana sang gadis tetap berkeras bahawa dirinya memang menaiki jembatan.

Setelah berjaya dipujuk, petugas terus melarikan gadis itu ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan dari pengaruh dadahnya itu. Mujur gadis itu tidak mengalami kecederaan sedikitpun walaupun yang dipanjatnya adalah tiang elektrik bervoltan tinggi.

Hair-raising: Terrified locals spotted the woman and called in the emergency services
Hair-raising: Terrified locals spotted the woman and called in the emergency services


Plucked to safety: Rescue workers in a cherrypicker manage to grab her, putting an end to the two-hour stunt
Plucked to safety: Rescue workers in a cherrypicker manage to grab her, putting an end to the two-hour stunt

No comments:

Post a Comment