Saturday, 2 June 2012

BISIKAN SYAITAN UNTUK PEMIMPIN PAS.... (BAB 1)



Pemimpin2 PAS dan penyokong taksubnya sering melaungkan bahawa PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS. Fahaman ini jelas sesat kerana PAS hanyalah sebuah parti politik dan bukannya agama. Bila namanya politik, tidak boleh tidak ia tetap akan terpalit dengan kotoran. PAS telah dengan sengaja mencemar nama Islam dengan menamakan parti mereka dengan nama Islam.

Rakyat Malaysia juga tidak akan lupa dengan kenyataan demi kenyataan sesat yang dikeluarkan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat bahawa UMNO adalah parti assobiyah dan menyekutukan Allah serta mengasingkan agama dari politik. Nik Aziz juga pernah berkata bahawa Allah juga mencarut demi mempertahankan buku Shit tulisan Shahnon Ahmad. Kenyataan sedemikian berupa penyambung kepada ?lidah? syaitan selaras dengan kata-kata Nik Aziz sendiri yang menghalalkan bekerja dengan syaitan untuk mengalahkan UMNO.

Semua ini adalah bukti kesesatan PAS. Sesatnya PAS adalah terlalu jauh dan sukar sekali untuk mereka kembali ke pangkal jalan. Sebagai saudara seagama, kita tidak putus asa berdoa agar PAS kembali ke pangkal jalan sebelum agama, bangsa dan negara kita hancur akibat dari kesesatan.

Cuba hayati pulak ucapan terbaru Hadi Awang sewaktu Muktamar Pas 2011.

“Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan” – Hadi Awang, Presiden Pas.

Kalau pada tahun 2003 dulu Hadi Awang dengan megahnya mengisytiharkan Pas tetap istiqamah untuk menegakkan Negara Islam sehingga mengangkat perjuangan Pas itu sebagai wajib sepertimana ibadat wajib yg lain, maka kini selepas 8 tahun kenapa tiba-tiba Hadi Awang korner baring mengatakan bahawa Negara Islam itu tidak disebutpun dalam Al-Quran?

Al-Quran pd tahun 2003 dengan Al-Quran tahun 2011 isinya sama je, takde berubah satupun. Yang berubahnya Pas dan Hadi, seumpama sekali air bah sekali pantai berubah.

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: 
Rasulullah saw. bersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama".Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
- H.R Tarmizi (Sumber Hadis 40).



Marilah kita renungkan firmanNya yang bererti:--

Dan janganlah kamu iri hati,dalam Allah melebihi kurniaNya kepada sebahagian kamu dari yang lainnya,Untuk pria ada bahagian (pahala) dari hasil kerjanya dan untuk wanita juga ada bahagan (pahala) dari hasil kerjanya.Mintalah kepada Allah kurniaNya.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.(An Nisaa' ayat 32).

Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 94 yang bererti :-

Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu pergi kejalan Allah,maka hendaklah kamu selidiki dengan teliti (mana yang kawan,mana yang lawan).Dan janganlah kamu berkata kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu,"kamu bukan seorang mukmin".Kamu bermaksud mencari harta benda didunia.Allah mempunyai harta benda yang banyak.Demikianlah kamu dahulu,lalu Allah memberi kurnia kepadamu,maka teliti dan selidiklah (jangan terlalu mudah mengatakan seseorang itu bukan mukmin).

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa saja yang kamu kerjakan.Biar kurang makan jangan kurang ajar.. hayatilah Islam tidak mengajar kita untuk memaki hamun namun dalam PAS cacian makian mainan bibir pemimpin2 munafik HamPAS..

Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 94 yang bererti :-

Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu pergi kejalan Allah,maka hendaklah kamu selidiki dengan teliti (mana yang kawan, mana yang lawan).Dan janganlah kamu berkata kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu,"kamu bukan seorang mukmin". Kamu bermaksud mencari harta benda didunia.Allah mempunyai harta benda yang banyak. Demikianlah kamu dahulu, lalu Allah memberi kurnia kepadamu, maka teliti dan selidiklah (jangan terlalu mudah mengatakan seseorang itu bukan mukmin). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa saja yang kamu kerjakan.



.......................BERSAMBUNG KE BAB 2

No comments:

Post a Comment