Saturday, 2 June 2012

BISIKAN SYAITAN UNTUK PEMIMPIN PAS.... (BAB 3)



Belum pernah dalam sejarah PAS menjadi sebegitu dayus angkara Nik Aziz dan beberapa pemimpin PAS yang pro Anwar Ibrahim. Kesetiaan mereka bukan kepada Presiden PAS, Hadi Awang tetapi kepada Anwar dan ramai ahli PAS tahu hakikat itu. Golongan ini tidak besar tetapi berpengaruh dalam PAS.

Ketua Pembangkang itu pula telah terbukti tunduk kepada kehendak DAP demi mengejar impian untuk menjadi Perdana Menteri. Belum pernah juga dalam sejarah, pembangkang dipimpin oleh tokoh paling dahsyat isu moralnya tetapi dihalal bukan sahaja oleh DAP, malah Nik Aziz. Penulis hairan, sebagai ulama beliau tidak berpegang kepada prinsip moral.

Tetapi Nik Aziz tidak peduli semua itu. Beliau rela bersubahat dengan musuh Islam daripada berbaik dengan UMNO, parti paling banyak berjasa kepada pembangunan umat Islam.  Sedangkan DAP mempunyai gagasan Malaysian Malaysia, yang agenda tersirat mahu menulis semula perlembagaan atas konsep kesamarataan bagi menjadikan Malaysia Negara republik. Konsep tersebut akan diolah hanya untuk menjulang kepentingan satu kaum kerana DAP sememangnya parti paling rasis bertopengkan istilah demokratik. Kita tidak nampak jasa DAP kepada kaum India apatah lagi Melayu.

Cuba renungkanlah hadis daripada Abu Hurairah ra. berkata:

Rasulullah saw. bersabda; "Akan
timbul di akhir zaman orang-
orang yang mencari keuntungan
dunia dengan menjual agama".
"Demi kebesaran Ku, Aku
bersumpah akan menurunkan
suatu fitnah yang akan terjadi di
kalangan mereka sendiri,
sehingga orang yang alim
( cendikiawan ) pun akan menjadi
bingung (dengan sebab fitnah
itu)".
- H.R Tarmiz.

Cukuplah malulah dengan bangsa lain..cubalah lihat hari ini kerana Melayu asyik bertelingkah saja maka mereka yang bukan Islam cuba mencampuri urusan agama kita. Fikirkanlah demi agama,bangsa dan negara...jangan jadi petualang dan jangan dengar pembohongan dari dajjal pembangkang yang cuba memporak perandakan negara semata mabuk kuasa.. Fikirlah dengan tenang..

Mari kita kongsikan kisah yang pernah diceritakan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada sekumpulan jemaah selepas baginda berdoa panjang di Masjid Bani’Muawiyah.
“Aku memohon kepada Allah agar janganlah membinasakan umatku musim susah yang panjang maka ia diperkenankan.
“Aku memohon agar umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir yang melanda umat Nabi Nuh atau Raja Firaun bersama tenteranya yang ditenggelamkan di lautan) maka permohonanku itu diperkenankanNya jua.
“(Tetapi apabila) aku memohon agar umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan (permusuhan, pergaduhan atau peperangan) sesama mereka), permohonan ini tidak diperkenankan (oleh Allah). (Hadis 2464 riwayat Muslim).

Dan renungkan pula hadis ini yang bererti:--
Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
- H.R Tarmizi (Sumber Hadis 40).

Puak-puak pembangkang ni kalau menang, heboh Pakatan Rakyat sana Pakatan Rakyat sini tapi bila kalah, Pas kalah, PKR kalah, tak pulak disebut Pakatan Rakyat yang kalah tetapi mereka menyalahkan UMNO kononnya berlaku ketidak adilan dalam pilihanraya. Jika pilihan raya tidak telus mustahil mereka boleh mendapat kemenangan dan menawan beberapa buah negeri. Hehehe….

Lebih baik  pembangkang yang menang samada atas kerusi Parlimen atau Dun letak jawatan kerana mereka telah buktikan bahawa mereka menipu semasa mendapatkan kemenangan yang lalu. Mereka putar sana putar sini penyokong yang kebodoh- bodohan pula main ikut cakap pemimpin tuduh perkara yang sama hehehe..dapat dosa kering jelah jawabnya.

Cuba kita renungkan firman Allah yang bererti:--

Dan janganlah kamu iri hati,dalam Allah melebihi kurniaNya kepada sebahagian kamu dari yang lainnya,Untuk pria ada bahagian (pahala) dari hasil kerjanya dan untuk wanita juga ada bahagan (pahala) dari hasil kerjanya.Mintalah kepada Allah kurniaNya.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.(An Nisaa' ayat 32).

Kerana iri hati dengan pimpinan UMNO menjadikan PAS begitu bodoh sanggup menjual maruah parti .Memang benar pun PAS bodoh, sekiranya tidak, masakan mereka yang selalu jadi balaci pencacai keldaian PKR dan DAP selama ini! Siapa yang sanggup tidur atas jalan sambil pegang bendera? Penyokong bodoh-bodoh alang PAS, bukan? Untuk pengetahuan pembaca semua, rakan-rakan PAS.. Ee sangat malu dengan perbuatan bodoh itu dan mereka sendiri turut menggelar penyokong parti yang bersifat begitu sebagai “bodoh”, “tolol” dan “pencacai pengangkat najis DAP dan PKR”!

Renungkanalah Firman Allah dalam Ali Imran yang bererti:--

"'Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara” [Surah Ali-Imran ; 103]

Jika seseorang ditangkap atau terkantoi membohong, akibatnya terpalitlah malu yang amat sangat kepada si penipu. Apatah lagi jika penipuan itu dibuat dalam skala besar-besaran dan melibatkan ramai orang. Mahu tak keluar rumah dalam seminggu dua. Namun, di Malaysia ini, ada satu perkara yang pelik apabila si pembohong yang berbohong pada skala epik ini, masih di sanjung, disokong malah ada yang ingin si penipu ini memimpin negara.

"Pembohongan 16 September oleh Anwar Ibrahim sepatutnya menjadi satu perkara yang amat memalukan bagi Anwar". Namun, Anwar boleh hidup dan berjuang dengan penipuan ini, apatah lagi apabila ramai yang menyokongnya untuk terus menipu dan menipu. Bayangkanlah jika dengan penipuan berskala besar sebegini Anwar boleh hidup tanpa berselindung, agaknya bagaimana dengan perkara-perkara lain yang juga memalukan? 

Orang kata kalau sudah biasa, alah bisa tegal biasa dan bermakna penipuan tak jadi hal dengan Anwar. Cuma yang agak pelik ialah, orang-orang dari PAS juga sanggup terus menyokong si penipu ini demi kuasa dan kedudukan. Pemimpin PAS yang berserban, berjubah, dan dikatakan punyai ilmu agama yang tinggi takkan tak tahu yang 16hb September itu satu penipuan? Atau mungkin mereka sedar tentang penipuan itu, namun atas dasar inginkan kuasa dan ingin mengeksploit Anwar, makan perkara ini dipandang sebelah mata dan umpama disapu di bawah karpet. Jadi ciri Islam yang mana PAS ikut dalam mendokong Anwar sebagai pemimpin mereka bila sudah terang Anwar ini penipu?.

Ini adalah kepura-puraan yang sedang dipertontonkan kepada rakyat. Mereka yang kurang teliti akan diperdayakan. Seperti ramai orang Pas yang hipokrit di bawah topeng agama Islam.



...............BERSAMBUNG KE BAB 4 - AKHIR 

No comments:

Post a Comment