Tuesday, 12 June 2012

AWAS RAKYAT JOHOR!! NIZAR LAMBAI AKAN DATANG KE JOHOR...!!!



Titah Sultan Johor menyarankan agar Nizar memohon maaf kepada rakyatnya....
Titah Sultan Johor adalah jelas... tak ada bahasa kiasan, tak kan itu pun Nizar  tak faham  ..apa hal lagi Nizar derhaka ini nak mengadap di istana pulak .
Atau Nizar ni memang bodoh tongong!!! Tak faham bahasa..!!!
Dah baginda suruh minta maaf kepada rakyat cukup la. Buat je la....

Susah sangat ke nak mintak maaf pada rakyat Johor... atau takut... keh keh keh.... !!!

Nizar ni bukan sahaja kurang ajar & biaDAP...tapi juga terror putarbelitkan menyalahkan media pasal twitternya...

Sekalipun Sultan Johor Ahad bertitah agar elok Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memohon kemaafan kepada rakyat Johor  mengenai isu WWW 1, namun bekas Menteri Besar Perak itu tetap mahu mengadap baginda sendiri bagi memohon maaf dan memberi penjelasan berhubung kenyataan menerusi Twitternya. 

Pada sidang akhbarnya di lobi Parlimen, Selasa, Nizar seolah masih mahu mempertahankan twitternya itu tidak ditujukan kepada Sultan Johor. 

Beliau menyalahkan beberapa media yang didakwanya memulatbelitkan twitternya.

"Tweet saya merupakan pandangan peribadi dan umum daripada seorang rakyat biasa tanpa ditujukan kepada mana-mana pihak...ini yang perlu diperjelas kepada Sultan Johor supaya tiada lagi spekulasi dan salah faham selepas ini," katanya Nizar berkata pihaknya akan menghantar surat permohonan rasmi bagi menghadap Sultan Johor dalam masa terdekat bagi membolehkan beliau menerangkan kedudukan sebenar seterusnya menghentikan kontroversi yang melanda isu tersebut.

"Selepas Sultan Johor menyatakan bahawa elok saya memohon kemaafan kepada rakyat Johor, hari ini saya ingin menyatakan seikhlas hati bahawa saya ingin sangat untuk mohon kemaafan kepada Sultan Johor sendiri,"ujarnya  -  AGENDA DAILY

No comments:

Post a Comment