Tuesday, 8 May 2012

PADAH SEBARKAN TINDAKAN BODOH DI FACEBOOK..!!!



South Carolina – Tindakan bodoh seorang wanita yang memusnahkan harta benda bekas teman lelakinya dan kemudian menulis mengenai perkara itu dalam Facebook akhirnya menerima padah.
Dia berjaya dikesan oleh pihak berkuasa selepas teman lelakinya itu menunjukkan mesej dalam facebook berkenaan kepada polis.
Dalam kejadian itu, wanita berusia 27 tahun tersebut telah memasuki rumah bekas kekasihnya, dan kemudian merosakkan meja snookernya dengan menuang minyak sayur-sayuran dan turut membuang bola snooker.
Bola itu dibaling ke seluruh rumah menyebabkan berlaku kerosakan pada barang-barang milik lelaki tersebut.
Kejadian berlaku selepas dia singgah di rumah tersebut untuk mengambil semula barang-barang miliknya selepas mereka berpisah.
Kerana marah, dia tidak dapat mengawal emosi lalu bertindak merosakkan barang-barang tersebut.
Berikutan itu, dia terpaksa menghabis masa semalaman dalam lokap.
Pihak berkuasa kini masih menyiasat kes tersebut dan jumlah kerugian yang dialami lelaki terbabit.
Menurut bekas teman lelakinya, wanita itu tidak menetap di rumah terbabit sebaliknya hanya bermalam pada masa-masa tertentu sahaja.

No comments:

Post a Comment