Thursday, 10 May 2012

MANGSA TERBARU POLITIK ANWAR IBRAHIM... SELEPAS HASSAN ALI...

PRINSIP MEREKA MUDAH.... JANGAN LAWAN TOKEH.. NAHAS!!!



SAYA MANGSA TERBARU POLITIK Anwar Ibrahim ... Selepas Hasan Ali - Tunku Abdul Aziz





DAP secretary-general Lim Guan Eng admonished Tunku Aziz for his remarks, saying that he had gone against the party's stand and embarrassed the party leadership. - New Straits Times, 10 May 2012

Seorang lagi mangsa politik akibat kerakusan Anwar Ibrahim selepas Hasan Ali ...

Akibat kelantangan Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim mengkritik BERSHIT 3.0, jawatan 'Senator' beliau tidak dapat disambung kembali kerana tidak mendapat pencalonan dari parti.

Ini bukan soal Naib Presiden DAP memalukan partinya, namun lebih kepada soal kritikan pedas beliau terhadap perhimpunan BERSHIT 3.0 yang mendapat sokongan dan 'green light' dari Anwar Ibrahim.



Pendirian yang bercanggah Tunku Abdul Aziz Ibrahim dengan bos partinya Lim Guan Eng membayangkan perbezaan pendekatan seorang Melayu dengan seorang Cina.

Berbanding saf kepimpinan tertinggi Cina DAP, naib pengerusi DAP Melayu itu lebih bersimpati kepada tuntutan tugas pihak penguatkuasa undang-undang.

Seperti juga ramai orang Melayu yang mempunyai keluarga dan saudara mara dalam polis dan tentera, ayah Tunku Aziz pun pernah menjadi anggota polis, iaitu OCPD Alor Setar.

Tanpa diberi maklumat penjelasan Tunku Aziz tentang apa yang disaksikannya sendiri di negara-negara asing, puak pro-pembangkang tidak memahami pola pemikirannya serta dorongan mengapa beliau menongkah arus.

Kritikan terbuka beliau terhadap keganasan yang ditimbulkan oleh para peserta BERSHIT 3.0 seharusnya perlu dihukum pihak berkuasa, mengakibatkan beliau terlebih dahulu 'menjalani hukuman' oleh DAP.



Akibat kritikan terbuka terhadap BERSHIT 3.0, jawatan beliau sebagai ahli Dewan Negara ditarik balik oleh DAP.

Lim Guan Eng pula mengumumkan dua nama baru bagi menggantikannya ...

Dr Ariffin S.M Omar - pensyarah Universiti Pertahanan Malaysia
Syed Shahir Syed Mohamud - Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan.

Dua nama Melayu yang bakal menjadi 'anjing tunggangan' baru DAP.

Aneh ... dua pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang yang mengkritik sikap, dasar dan tindakan Anwar Ibrahim dihukum serta merta. Hasan Ali ... dan kini Tunku Abdul Aziz Ibrahim.

Berbanding dengan Tunku Abdul Aziz Ibrahim, nasib Hasan Ali lebih malang kerana dipecat terus dari Parti Adat & Sosialis.

No comments:

Post a Comment