Tuesday, 1 May 2012

KERAP MARAH DAN GADUH DENGAN ISTERI : AHLI PERNIAGAAN MATI DITIKAM ANAK SENDIRI...



IPOH – Akibat pergaduhan keluarga, seorang ahli perniagaan mati ditikam bertubi-tubi oleh anaknya sendiri, remaja berusia 15 tahun, di rumahnya di Taman Bersatu, Simpang Pulai, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, remaja berusia 15 tahun itu dikatakan menikam bapanya dalam sebuah bilik dengan menggunakan dua pisau.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata, buat masa ini polis masih menjalankan siasatan.

Bagaimanapun motif pembunuhan remaja berkenaan dipercayai kerana marah dengan tindakan bapanya yang selalu bergaduh dan memukul ibunya.

“Suspek sendiri membuat laporan, kononnya menjumpai bapanya di rumah, mati dalam keadaan berlumuran darah,” katanya.



****Takziah utk ahli keluarga dan saudara mara....

3 comments:

  1. SubhanALLAh, kesian kanak2 ini....Kelirunya Dia...itu le salah satu kajian menunjukkan Masaalah kanak2 hari ini berpuncha dari Rumah...meyebabkan institusi keluarga berkemungkinan rapuh n bilangan kanak2 bergelendangan bertambah.....Kanak2 perlukan Kaseh sayang,bimbingan n Kebajikan mereka d Utamakan.

    ReplyDelete
  2. Kata org.. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah masa berada... Kanak2 biasanya tidak pndai menipu diri sendiri dan dia tahu siapa yang lebih dia sayangi... Kejadian di atas, menggambarkan perasaan sebenar kanak2 itu...!!!

    ReplyDelete
  3. Didikan awal kanak2 amat berharga demi kelansungan mereka untuk menjalani kehidupan yg sempurna d masa depan bagaimana mengharungi cabaran yg berbagai2... pelajaran, kesabaran, ketakwaan,keimanan,kaseh sayang,hormat menghormati, berbudi bahasa n kemaafan....Wallahualam.

    ReplyDelete