Sunday, 20 May 2012

FUHHH!!! CUCI KERETA HANYA BERBIKINI..???

Manusia ni sanggup buat apa sahaja perkara yang pelik-pelik hanya untuk menarik perhatian sama ada untuk melariskan produk, perniagaan atau macam-macam lagi. 


Biasanya yang menjadi model dan mangsa adalah wanita.... Nampak sangat wanita-wanita moden zaman sekarang terlalu mudah di eksploitasi.... atau memang kerana mereka sendiri yang mengizinkan diri mereka untuk dipergunakan....???


Mereka seolah-olah sudah tidak punyai harga diri..... semuanya demi sekeping kertas yg sangat berharga.... WANG!!!!


Wanita Berbikini Basuh Kereta Mewah Di China

Wanita Berbikini Basuh Kereta Mewah Di China



Untuk hari pembukaan baru-baru ini, sebuah garaj kereta di Shanghai telah menawarkan perkhidmatan membasuh kereta yang dilakukan oleh wanita-wanita yang berbikini dan berkasut tumit tinggi.
Banyak kereta mewah telah mengunjungi garaj itu yang terletak di sepanjang Xietu Road untuk mendapatkan perkhidmatan istimewa itu.
Gambar-gambar seksi membasuh kereta itu tersebar di forum dan laman internet sehingga ia menjadi perbincangan hangat. Ada yang bertanyakan jika jenis kenderaan lain dan kereta bukan mewah boleh dihantar ke situ.
Seorang warga internet telah mempersoalkan apakah perbezaan perkhidmatan membasuh kerata oleh wanita berbikini dengan pelacuran. Seorang lagi warga internet memberi komen di NetEase, berkata dalam bahasa Cina: “Brothers, tunjukkanlah sedikit integriti”.

No comments:

Post a Comment