Thursday, 10 May 2012

DULU KATA FELDA BANKRAP, SEKARANG KATA PENEROKA PATUT DAPAT RM50K


Perlukah PR Rasuah Peneroka RM 50,000 Seorang?

ITULAH yang menjadi tanda tanya besar di kepala penulis semalam apabila membaca kenyataan media Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan  Pengerusi Biro Perdagangan dan Industrinya, Wong Chen berhubung dengan 'durian runtuh' yang diumumkan Perdana Menteri Najib sebanyak RM 15,000 kepada setiap peneroka Felda semalam.

Penulis menyifatkan kenyataan itu sebagai kenyataan tidak bijak, dibuat tergesa-gesa dan tanpa pertimbangan berasaskan fakta, yang mana akhirnya nanti hanya akan memakan diri sendiri dan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.

Kenapa penulis berkata begitu?  Jika semua sudah lupa, pada tahun 2010, negara digemparkan oleh pendedahan yang dibuat Keadilan Daily bahawa Felda adalah sebuah organisasi yang bankrap, tidak ada wang!!

Pendedahan itu mengejutkan banyak pihak, terutama para peneroka sendiri yang merasa ditipu oleh pengurusan Felda dan kerajaan BN.

Peliknya semalam, Rafizi dan Wong Chen mengatakan peneroka sepatutnya menerima habuan yang lebih besar dari yang diumumkan Najib iaitu sebanyak RM 50,000, yang melibatkan perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM 5.6 billion kepada 112,635 orang peneroka.

Dimana nak dikorek RM 5.6 billion itu dalam keadaan Felda sendiri sedang bankrap?



Adakah Rafizi dan Wong cuba mensabotaj PKR dengan mengatakan dakwaan pada 2010 itu adalah satu pembohongan, yang sebenarnya Felda ada wang untuk membayar peneroka lebih tinggi dari yang diumumkan Najib sekarang?

Adakah itu maksudnya?

Itu belum disebutkan lagi sekiranya peneroka menuntut jumlah itu, ditakdirkan Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang.

Jumlah RM 5.6 billion itu bukan sedikit, apatah lagi Pakatan Rakyat ada lebih banyak agenda lain yang perlu diberi keutamaan seperti penurunan harga minyak, penghapusan PTPTN dan pendidikan percuma yang semuanya memakan belanja yang besar – hampir RM 200 billion setahun!!

Penulis meminta penjelasan diberikan atau Rafizi mahupun Wong menghadapi risiko dihumban rakyat dari pilihanraya yang akan datang, dimana-mana kawasan yang diperuntukkan untuk mereka bertanding – kalau tidak PKR sendiri mengambil keputusan tidak mencalonkan mereka, melihat kepada kerosakan yang dibawa dari kenyataan media tersebut.

Kita sedang bercakap tentang para peneroka Felda yang rata-rata menerima pendapatan dalam kategori sederhana atau sedikit tinggi dari garis paras kemiskinan nasional.  Jangan kata RM 15,000, apa pun jumlah yang akan diberikan Felda, akan diterima oleh mereka kerana wang itu datang tanpa mereka perlu melakukan apa-apa pun!!

Apa yang lebih baik dari itu?

Jadi penulis tidak rasa besar kecil jumlah wang yang diterima akan menjadi isu kepada mereka.  Apatah lagi bila respon yang penulis terima mengatakan Felda cukup membela nasib peneroka, walau ketika kebun mereka tidak mendatangkan sebarang hasil kerana proses tanam semula dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, kelihatannya Rafizi dan Wong tidak turun ke bawah mendapatkan pandangan dan respon peneroka sebelum mengeluarkan kenyataan media seumpama itu.  Mereka fikir mereka berhadapan dengan orang-orang korporat dan remisier saham yang benar-benar faham dengan 'fakta' yang mereka berikan dalam kenyataan media semalam.

Sedangkan hampir 100% peneroka Felda yang penulis ketahui adalah mereka yang tidak berpelajaran tinggi atau tidak berpelajaran langsung!!

Kalau pandai sangat, tidaklah dulu mereka ini menerima tawaran Felda untuk meneroka kawasan penempatan dan kebun di tempat terpencil yang hanya layak dipanggil kawasan jin bertendang!!

Semua ini menjelaskan satu perkara, ramai orang fikir politik ini mudah untuk dikendalikan.  Sedangkan hakikatnya politik adalah satu ilmu dalam kelas tersendiri yang memerlukan masa yang panjang untuk menjadikan seseorang itu layak menjadi ahlinya. SUMBER

No comments:

Post a Comment