Saturday, 5 May 2012

ANGKARA NIK AZIZ : BOB KUMAN YG MENINGGAL, BOB LOKMAN JADI MANGSA...!!!

Nyaris Ditalkinkan Semasa Hidup

‘BEKAS’ artis bernama Bob Lokman pernah menggegarkan industri hiburan tanahair apabila mengumumkan untuk meninggalkan industri tersebut dan menyertai PAS sekitar tahun lepas.
Dimaklumkan, keputusan Bob Lokman itu ada kaitan dengan masalah keluarga yang dihadapinya yang kemudian mendorong Bob Lokman menyertai PAS, katanya untuk mencari syurga.
Secara peribadi, penulis pun tak tahu apa kaitan masalah keluarga dengan hasrat mencari syurga, tapi satu yang nyata, hasrat itu (mencari syurga) nyaris tercapai semalam bila Nik Aziz Nik Mat, tersilap mengumumkan di dalam Tweetnya yang Bob Lokman telah meninggal dunia, sedangkan yang meninggal dunia ialah Bob juga tapi Bob Kuman.
Bagi seorang tua seperti Nik Aziz, kesilapan mudah seperti ini memang boleh berlaku.


Lagipun penulis tidak pula tahu sejak kurun bila Nik Aziz pandai bertweet-tweet apa segala ni.
Mungkinkah yang menjalankan urusan tersebut ialah para pegawainya kerana setakat yang penulis tahu Nik Aziz buta komputer, dia hanya celik kitab.
Tapi walaupun kesilapan itu dilakukan pegawainya, ia jelas memalukan pemimpin yang dipandang tinggi pengikut PAS di negara ini.
Nampak sangat Nik Aziz tidak pandai memilih pegawai yang kompeten untuk menjalankan tugas-tugas semudah itu bagi pihaknya. Tak sepatutnya boleh tersilap tweet, apatah lagi mengucapkan takziah kepada orang yang sebenar yang masih hidup.
Tweet aje pun bukan nak buat roket pergi bulan.
Pelik macam mana Nik Aziz boleh menyerahkan bulat-bulat kepada pegawai untuk menjalankan urusan ‘rasmi’ seumpama itu yang juga mewakili dirinya secara rasmi.
Dibuatnya pegawai tersebut tersampuk jin UMNO, ditweetnya “Saya akan masuk UMNO”, macam mana? Silap-silap tercabut kopiah lebai PAS dek kesilapan mudah seumpama itu.
Minggu ini sahaja dah 2 kali Nik Aziz bikin gempar, yang pertama Selasa lepas bila beliau mengaku membayar perusuh-perusuh dari Kelantan datang ke Kuala Lumpur untuk membuat onar dan melanggar undang-undang negara.
Tidak hairan kenapa ada yang ‘berani mati’ melanggar arahan bersurai oleh polis yang menguatkuasakan perintah Mahkamah untuk melarang perusuh menjejak kaki ke Dataran Merdeka, rupanya sebab dibayar.
Tengok macam Guan Eng, Khalid Ibrahim dan Azizan Razak, kerajaan negeri masing-masing keluar wang rakyat juga untuk taja berbas-bas perusuh datang ke Kuala Lumpur membuat huru hara, tapi taklah mengaku secara terbuka macam Nik Aziz.
Pengakuan Nik Aziz itu menyebabkan hampir semua blog-blog pro pembangkang bersilat nak menjawab, dalam nak mengelak Pakatan Rakyat ini kelihatan jahat kerana menggunakan wang rakyat untuk menaja perusuh-perusuh melanggar undang-undang negara sendiri.
Ada lebih banyak acara yang berfaedah dan tidak melanggar undang-undang, yang ganas ini juga ditaja mereka.
Sudahlah sebelum Bersih 3.0 berlangsung beliau memfatwakan kehadiran ke perhimpunan ganas tersebut sebagai wajib (beliau sendiri pun tak hadir).
Dan berbalik kepada Bob Lokman, mungkin inilah hadiah terbaik yang diterimanya setelah menyertai PAS, nyaris ditalkin semasa masih hidup.
Mungkin Bob Lokman sudah tidak berapa penting di mata PAS, sampai pihak yang berkenaan terlupa nak periksa dulu sebelum tweet. (My News Hub)

1 comment:

  1. Hahaha.. bayangkan jika 'takziah' tu dia tersilap taip 'tahniah'... mati mengejut pun jadi..!!!!

    ReplyDelete