Saturday, 5 May 2012

ADA SABOTAJ DALAM PARTI UNTUK JATUHKAN AZMIN ALI..???


PKR nampaknya segera mahu cuba ‘tutup lubang’ cerita pasal gambar aksi panas lelaki mirip Azmin Ali yang tersebar meluas sekarang.

Ingat lagi isu dakwaan video seks 99.9 peratus tulin Datuk Seri Anwar Ibrahim. Begitulah jalan ceritanya dalam bab ini yang melibatkan Timbalan Presiden PKR ini.

Hukum akal kata... tiada siapa dalam dunia ini yang buat salah...akan mengaku.

Jalan mudah...tiada siasatan akan dibuat sama ada dakwaan babitkan Azmin betul atau tidak.

Segalanya dianggap beres dengan satu penafian sahaja,

Itulah benchmark kepimpinan PKR.

Soal salah belakang kira, jika lubang sudah bocor senang saja...buat penafian atau saman pihak yang mendedahkan berita mengenai mereka.

Senang saja....itulah yang Azmin buat dalam menangani isu gambar-gambar aksi panas yang didakwa dirinya termasuk dalam tandas bersama seorang wanita.

Mungkin diarah... beberapa pemimpin PKR adakan sidang media di ibupejabat PKR dekat Petaling Jaya,Jumaat mempertahankan Azmin.

Mereka yang hadir bukan ramaipun.

Dan...seperti biasa, itu semula salah UMNO dan Barisan Nasional. Nak ulang...salah UMNO dan Barisan Nasional.

Antaranya Ketua Wanita Keadilan yang juga ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, ahli parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas, ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, ahli parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid serta ahli parlimen Petaling Jaya Utara Lee Loy San.

Selain itu beberapa pemimpin PKR negeri termasuk Datuk Fauzi Abdul Rahman dari Pahang.

Alasan mereka memang sempoi...kalau betul lelaki itu Azmin, kenapa tidak dilaporkan kepada polis, mengapa didedahkan blog yang pro UMNO?

Menjawab soalan Agendadaily dalam sidang media itu, Kamarul Baharin berkata, parti tidak perlu siasat sama ada pendedahan aksi panas Azmin itu benar atau sebaliknya.

“Azmin sudah nafi. Kami percaya,” katanya.

Pemimpin PKR yang hadir juga menolak perlunya parti melaporkan perkara itu kepada polis.

Menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar, mereka tidak mahu lapor kerana khuatir jadi macam kes liwat pertama, Anwar dahulu.

“Anwar buat laporan tetapi beliau kena siasat dan dakwa,” ujarnya.

Zuraida pula berkata beliau tidak pasti siapa yang fitnah Azmin,

"Kita percaya Azmin tidak terlibat dan beliau difitnah dalam kes ini.

"Kami sangat mengenali Azmin. Jadi tidak kira apa pun, kami akan tetap mempercayai beliau tidak terlibat," katanya.

Bagaimanapun, Kamarul Baharin berkata,"yang perlu membuktikan ialah orang yang menuduh. Kenapa yang dituduh perlu buktikan. Jadi tak perlu kita jalankan siasatan kerana kita tahu ia satu fitnah.

"Tapi yang paling penting ialah pengakuan Azmin. Beliau memberi penjelasan kepada parti dan parti menerima...itu yang penting," katanya.

Ditanya sama ada mereka sudah mengambil kira pengakuan Umi Hafilda Ali yang yakin lelaki dalam tandas itu imej Azmin, Kamarul berkata: "Bagi kami dia tidak mempunyai kredibiliti."

Namun, dalam usaha tutup lubang pasal gambar-gambar panas lelaki menyerupai Azmin itu, Zuraida ‘buka lubang’ pasal kecewa dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung isu itu .

Khalid ketika ditanya pemberita Rabu lalu, hanya berkata,no comment.

Zuraida yang jelas berharap sangat Menteri Besar itu tampil garang mempertahankan Azmin ...nampak angin satu badan bila diminta mengulas mengenainya.

Beliau dakwa komen ringkas itu Khalid buka ruang rakyat untuk membuat tafsiran negatif kepada Azmin.

"Saya beranggapan respon Menteri Besar terhadap isu Azmin agak mengecewakan bagi pihak kami.

"Sebagai seorang pimpinan dan Menteri Besar yang dilantik oleh parti, beliau tidak boleh memberi jawapan seolah-olah mahu lepas tangan," katanya.

Selain itu Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang menegur Abdul Khalid agar lebih berhati-hati dalam memberi kenyataan khususnya kepada media.

"Jadi saya kecewa kerana ianya akan kecilkan hati Azmin yang banyak berjuang dalam parti.

"Saya kesal, sepatutnya Menteri Besar seharusnya lebih berhati-hati komen agar tidak memberi tanggapan negatif kepada masyarakat umum atau media. Dalam persediaan menghadapi pilihan raya, kita mesti duduk dalam satu saf...saya kesal sedikit," katanya berulang kali.

Itulah kisah tutup lubang – gali lubang dalam PKR isu Azmin.

Cakap-cakap bengang Zuraida pasal ayat no comment oleh Khalid nampak macam ada lagi banyak lubang nak terbuka dalam PKR.

Maklumlah, bukan rahsia perang Azmin dan Khalid dalam PKR Selangor. Khalid jadi Menteri Besar tetapi akhirnya terpaksa serah jawatan Pengerusi PKR Selangor pada Azmin.

Banyak yang dikatakan tidak kena pasal hubungan mereka ini.

Sebab itu, bila ada wartawan tanya, mungkin ada sabotaj dalam parti untuk jatuhkan Azmin, Kamarul Baharin segera jawab, “ kita tidak dapat beri pandangan. Kita tak buat siasatan. Hanya terima pengakuan (Azmin) dan anggap benar serta akan dipertahan,”.

Kata 'no comment' pun salah...

-Agendadaily

No comments:

Post a Comment