Sidang Dewan Undangan Negeri Perak selama tiga hari mulai hari ini (Selasa 3/4/2012) dijangka panas kerana ia dilihat sebagai sidang terakhir sebelum PRU ke13.
Mesyuarat pertama penggal ke5 DUN ke12 ini dirasmikan Raja Muda Perak Raja Dr.Nazrin Shah sebelum wakil-wakil rakyat berbahas selama dua hari.
Justeru pembangkang cuba menafaat setiap saat untuk membuktikan kerajaan BN tidak sehebat zaman mereka berkuasa selama 11 bulan.
Tiga tahun setengah BN memerintah, pembangkang sentiasa kantoi meyakinkan rakyat bahawa mereka adalah lebih baik dari BN.
Sejak 2008 pembangkang gagal membenarkan dakwaan bahawa para pemimpin BN terjebak dalam kancah rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Sebagai contoh setiap kali mereka membangkitkan isu-isu ini, BN sentiasa ada jawapan mencabar kesahihan dakwaan mereka.
Barangkali kerana kehabisan modal, mereka menjurus kepada “personal attack” terhadap Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir seperti memanggilnya “hitam metalik dan haram jadah.”
Mereka ingat cakap-cakap di belakang tidak diketahui BN dan rakyat amnya.
Sebaik didedahkan wakil BN dalam sidang DUN yang lalu, rakyat mula membuka mata tentang sikap sebenar wakil DAP itu.
Pembangkang semakin menggelabah apabila NGO-NGO tempatan juga mendedahkan satu persatu kerakusan mereka sewaktu berkuasa selama 11 bulan.
Bagi menutup mulut, seorang pemimpin pembangkang menyaman seorang blogger dalam kes isu tender “uniform” MBI.
Pembangkang kini dilihat berganding bahu dengan NGO-NGO tertentu mengitar semula isu alam sekitar.
Mereka macam menumpang pengaruh NGO-NGO kerana mereka sendiri tidak ada “kredibiliti” dan pengaruh mereka semakin merosot.
Isu pembinaan kilang pemprosesan bijeh besi di Lumut yang konon menjejas alam sekitar cuba dijadikan macam isu Lynas di Kuantan.
Mereka dilihat berganding bahu dengan NGO-NGO mengadakan tunjuk perasaan di hadapan pintu masuk pejabat Vale di Teluk Rubiah 1 April lalu.
Untuk rekod, pemimpin-pemimpin pembangkang yang hadir termasuklah Nizar, Ngeh Koo Ham, Sivakumar (ADUN Tronoh) dan lain-lain.
Niat nak kumpul 5,000 orang namun 300 saja yang hadir.
Kehadiran seorang aktivis dari Belanda, Peter Van Der Lans menimbulkan tandatanya. Apakah sudah tidak ada orang tempatan sehingga “mat salleh” ni diheret sama.
Ada yang tertanya sama ada KDN ataupun jabatan imigresen perlu bertindak terhadap orang asing yang campurtangan dalam urusan kita.
Pembangkang ingat dengan mengitar semula isu kilang Vale dari Brazil itu, rakyat boleh hilang pertimbangan dan akan memihak kepada mereka.
Pergerakan Pemuda BN dan UMNO tidak berdiam diri sebaliknya mendesak mantan MB, Nizar Jamaludin mengatakan pendirian sama ada menyokong ataupun tidak pelaburan syarikat Brazil itu.
Ketuanya Khairul Azwan Harun berkata sebelum ini mereka menafikan mereka bersetuju dengan pelaburan Vale di Teluk Rubiah.
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Pasir Salak berkata Nizar melalui surat bertarikh 7 Dis. 2008 memaklumkan sokongan tetapi “sekarang menafikan pula.”
Beliau mendesak kerajaan negeri mendeklifikasikan dokumen bagi membukti bahawa kerajaan Pakatan Rakyat tidak bercakap benar. “Biar rakyat tahu siapa bercakap benar.”
Selain dari itu Khairul mendesak kerajaan negeri mendedahkan dokumen berhubung pelaboran, tanah dan balak yang diluluskan kerajaan Pakatan Rakyat dulu.
Beliau juga mencabar Ngeh Koo Ham (ADUN Sitiawan) mengatakan sama ada ia menyokong ataupun tidak langkah mengexport pasir ke Singapura semasa mereka berkuasa.
Beberapa hari lalu, Dr.Zambry juga mencabar Nizar mengenai isu Vale.
“Saya cabar Nizar mendesak saya mendeklifikasikan dokumen bahawa dia tidak menyokong pelaboran Vale itu . . .”katanya.
“Saya mencabar Nizar berterus terang kepada rakyat .. . .bertanggungjawab. Sebagai pemimpin kita tidak boleh berdolak dalik, kita kena bertanggungjawab.,”tambah Dr.Zambry.
Sidang DUN kali ini walaupun sidang terakhir menjelang PRU ke13 namun ia sudah tidak lagi diberi perhatian serius.
Masing-masing mahu menghadapi rakyat dalam PRU ke13.
Dilihat dari segi persiapan, pembangkang dan para pemimpin BN, semakin melipatgandakan jentera pilihanraya.
PRU ke13 diibaratkan seumpama buah yang sudah masak ranum menunggu gugurnya saja.
Namun bagi pengundi-pengundi di Perak sama ada Parlimen dibubarkan atau.PRU ke13 dibuat tahun depan, demam pilihanraya dahpun dirasai bahangnya.
Sebagai contoh bagi mereka yang berkunjung ke Parit, suasana pilihanraya dapat dilihat melalui bilik-bilik gerakan yang sudah dibuka.
Bendera kedua-dua parti—BN dan PR ---berkibar-kibar disepanjang jalan.
Menyedari mereka tidak mahu tertinggal, pembangkang semakin memperbanyakan serangan ke atas Dr.Zambry dengan menimbulkan pelbagai isu remeh temeh.
Tujuan mereka tentu saja mahu mengelirukan rakyat agar mereka mendapat sokongan atau juga disebut political mileage.
Rakyat menyaksikan sejak kembali berkuasa, di tengah-tengah kegawatan ekonomi dunia, Perak berjaya membawa masuk nilai pelaboran asing berbillion ringgit.
Dr.Zambry dilihat instrumental dalam mengubah lanskap Perak dari lembab kepada keadaan sekarang.
Kemasukan pelabur dari Brazil membina kilang pemprosesan bijeh besi di Lumut memberi tamparan kepada pembangkang.
Ribuan penduduk tempatan khusus di Lumut akan mendapat peluang pekerjaan.
Peniaga mendapat tempias seperti peluang perniagaan baru ataupun memperbesarkan lagi perniagaan sedia ada.
Mengikut sumber syarikat Vale dari Brazil mengatakan hasrat untuk membuka kilang di zaman Tan Sri Tajol Rosli Ghazali menjadi Menteri Besar.
Selepas kerajaan bertukar kepada kerajaan PR pimpinan Nizar (2008), Vale sekali lagi mendatangi kerajaan baru.
Kerajaan negeri ketika itu tidak menolak hasrat Vale tapi tidak berkesempatan memberi kebenaran kerana kerajaan PR tumbang terlebih dulu.
Di zaman Dr.Zambry, Vale secara rasmi diberikan kelulusan beroperasi tetapi dengan pelbagai syarat ketat.
Kelulusan EIA adalah antara yang dipersetujui sebelum Vale di benar memulakan perniagaan.
Isu alam sekitar cuba dipermodalkan pembangkang seperti mana mereka mengexploit isu kilang nadir bumi Lynas di Kuantan.
Macam kes Lynas, pakarnya sendiri (ahli parlimen PAS kawasan Hulu Langat) pun gagal meyakinkan puak-puak ini bahawa Lynas selamat dan tidak merbahaya kepada orang ramai.
Stail politik yang berbedza memperlihatkan Dr.Zambry menjadi idola rakyat khusus mereka yang dikategori sebagai golongan bawahan.
Rakyat di kampung-kampung dan desa-desa serta di daerah-daerah terpencil merasa mereka tidak terpinggir
Rakyat kini menanti kunjungan Menteri Besar ke daerah mereka kerana mereka mendapat menafaat dari lawatan itu.
Program turun padang dan klinik Dr.Zambry mendekatkan jarak rakyat dengan Menteri Besar.
Pekan-pekan kecil yang gagal ditembusi Menteri Besar terdahulu kini dikunjungi Menteri Besar sekarang. - agendadaily
Bersidang dengan berhemah
ReplyDelete