PARIT BUNTAR – Pengunjung Fiesta Pelancongan Peringkat Daerah Kerian, di Dataran Pinggiran Sungai Kerian, di sini, dikejutkan dengan insiden seorang kanak-kanak dipatuk ular semasa mengadakan pertunjukan bermain ular pada majlis perasmian, semalam.
Kanak-kanak berkenaan, Mohd Amirul Azimi Yahaya, 9 merupakan dijemput untuk menunjukkan kemahiran permainan ular dengan pelbagai gaya bersama bapanya, Yahaya Abdullah, 60.
Yahaya ketika ditemui berkata, Mohd Amirul Azimi dipatuk spesis Ular Punti pada pipi kiri sehingga berdarah, menyebabkan kanak-kanak itu jatuh tertiarap dengan mulut berbuih.
Menurutnya, sungguhpun kejadian itu mengejutkan namun ia merupakan perkara biasa bagi seorang pemain ular dan anaknya selamat tanpa menghadapi sebarang risiko.
“Anak saya selamat serta sihat seperti sediakala. Malah dia lebih bersemangat untuk menunjukkan kemahirannya bermain ular kepada orang ramai.
“Ini merupakan kejadian yang biasa terjadi dan saya mempunyai cara untuk merawatnya termasuk mendapatkan rawatan dari hospital,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Mohd Amirul Azimi mendapat rawatan daripada kakitangan Hospital Parit Buntar (HPB) yang turut berada di tapak fiesta berkenaan, semalam.
BERITA SETERUSNYA......DI SINI
Kanak-kanak ini dilatih untuk menjadi pemain ular yang baik dan menjadi sumber pendapatan keluarga. Kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya.... Semoga adik Amirul Azimi segera sembuh.
Berlainan dengan gambar berikut... 'melentur buluh dari rebung' untuk menjadi 'pengganas'...!!!
memang manusia bangang..anak yg kecil di jperjudikan dek kebodohan ibubapanya..biarkan nanti bila nasi sudah mjadi bubur..baru kamu akan sedar..
ReplyDeleteSeharusnya.... anak2 seusia adik Amirul, tidak dperlakukan sedemikian oleh bapanya. Ketika cuti sekolah, seharusnya diberi peluang utk anak itu menikmati zaman kanak2nya...bkn dipertaruhkan nyawanya utk menyara keluarga... !!!!!
ReplyDeleteKenapa rasa hairan...
ReplyDeletejika terjadi kapada anak2 sekechil itu....pasti mak bapak dia boleh salahkan kerajaan.
Ini lah ibu bapa yang kurang bijak...kalau di panggil bodoh...tak terima.