Friday, 13 April 2012

PANASS!!! KJ SETUJU DEBAT DENGAN AMBIGA DAN RAFIZI..!!!

PANAS: Khairy Jamaluddin Setuju Berdebat Dengan Ambiga (25 April) Dan Rafizi (3 Mei)

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini bersetuju untuk berdebat dengan Datuk S. Ambiga mengenai isu-isu pilihan raya di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara pada 25 April (8 malam) ini.
Ia dianjurkan oleh akhbar Malay Mail.
Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Rembau itu juga menyatakan persetujuannya untuk berdebat dengan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli pada 3 Mei ini.
Ia mengenai isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).
Kedua pengumuman itu dibuat oleh Khairy dalam laman twitternya.
” I have agreed to debate @ambiga_s on 25 April re electoral reforms & @rafiziramli on 3 May re PTPTN. Details to come. “
Debat antara Khairy dengan Ambiga ini adalah kali pertama buat dua orang personaliti itu manakala Khairy dan Rafizi sebelum ini pernah berdebat.
Kedua-dua mereka berbuat demikian dalam satu debat bertajuk ” Dasar Awam: Wawasan 2020 – Malaysia bergerak ke arah yang betul? ” yang dianjurkan oleh majlis pelajar Malaysia di United Kingdom dan Eire baru-baru ini.
Untuk rekod, Khairy juga sebelum pernah berdebat dengan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa di Balai Islam Lundang, Kelantan dan Ketua Dewan Pemuda PAS, NasrudinAl-Tantawi.
Menariknya, ketiga-tiga mereka, Khairy, Rafizi dan Ambiga, berkongsi satu persamaan – produk institusi pengajian ternama dari England!
Khairy seperti yang semua sedia maklum adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Politik dan Falsafah dari Universiti Oxford, Ambiga lulusan undang-undang dari Universiti Exeter manakala Rafizi adalah lulusan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW).
Kehebatan Khairy dan Rafizi dalam berdebat tidak dapat dipertikaikan lagi manakala Ambiga dikatakan lebih ‘cool’ tetapi sering tampil dengan hujah yang tegas dan menyakinkan.
Bagaimana prestasi mereka kali ini? Kita tunggu dan lihat pada 25 April dan 3 Mei ini.
Bak kata Ibrahim Pendek dalam filem Ali Baba Bujang Lapok…mari kita lihat siapa yang kenaaaa!!!
 (mynewshub.my)

No comments:

Post a Comment