Friday, 13 April 2012

LELAKI CEDERA PARAH DICAMPAK KE TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH OLEH KAKITANGAN HOSPITAL..???!!!


Lelaki Dicampak ke Tempat Buang Sampah Oleh Kakitangan Hospital
China – Seorang lelaki yang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan telah dibuang ke tempat pembuangan sampah oleh kakitangan di sebuah hospital hanya kerana dia tidak dapat mengingati identiti dirinya.
Kejadian itu berlaku setahun lalu, namun kesannya masih menghantui Xie Tongjung.
Menurut isterinya, lelaki berkenaan akan bangun di tengah malam dan menjerit.
Ketika kejadian, Xie, seorang guru sekolah ditemui di tengah padang selepas tercampak daripada motosikalnya dalam satu kemalangan.
Dia mengalami kecederaan parah dengan serpihan motosikal tertusuk di beberapa bahagian badannya.
Dia yang hilang selama tiga hari selepas kejadian itu, berjaya ditemui oleh penduduk tempatan, Deng Shunzhong yang kemudiannya menghubungi ambulans dan dibawa ke Hospital Perubatan China Cina.
Namun setibanya di hospital, Xie yang gagal menyatakan pengenalan dirinya telah dibuang ke tempat pembuangan sampah, beberapa hari kemudian.
Dalam masa sama, Deng berjaya menghubungi keluarga Xie dan apabila mereka ke hospital, saksi memaklumkan mengenai keadaan Xie.
Ketika ditemui di tempat pembuangan sampah itu, mukanya penuh dengan sampah dan baunya amat busuk.
Menurut saksi, ketika dimasukkan ke hospital, Xie keliru dengan keadaan dirinya dan dicampak keluar empat hari kemudian selepas hospital yakin tidak ada pihak yang akan datang menuntutnya.
Berikutan kes berkenaan, siasatan telah dijalankan kerajaan dan kakitangan yang terlibat membuang Xie ke tempat pembuangan sampah, telah dipecat.

No comments:

Post a Comment