Monday, 30 April 2012

LELAKI 4 CUCU, TUKAR JANTINA.... !!!

Datuk Empat Cucu Tukar Jantina

Dalam sebulan ini, politik hangat dengan isu Bersih 3.0.....

Mari releks jap, dengan berita berikut  .........

LONDON – Seorang bekas pegawai Tentera Udara Diraja Britain akan menjalani pembedahan menukar jantina ketika dia berusia 80 tahun.
Datuk kepada empat cucu dan pernah dikenali sebagai James, Ruth Rose, bakal menjalani pembedahan berkenaan di hospital kerajaan dengan kos $13,500 (RM67,000).
Apabila prosedur itu selesai nanti, Ruth akan menjadi orang paling tua menukar jantina di Britain. Menurut Ruth, dia mula menyimpan keinginan menjadi wanita sejak berusia sembilan tahun.
Namun, katanya, impian itu hanya tercapai hampir 70 tahun kemudian dan selepas dia berjaya dalam kerjaya.
Berasal dari Newhaven, Sussex Timur, Ruth berkata, dia teruja apabila bakal menjadi wanita sepenuhnya tidak lama lagi.
“Sejak mengambil keputusan menukar jantina, hidup saya penuh ceria,” katanya.
Ruth adalah bapa kepada tiga anak dan bakal berusia 79 tahun bulan depan.
Dia mula membuat keputusan menjadi wanita secara rasmi dua tahun lalu.
Walaupun berusia lanjut, doktor menetapkan pembedahan itu dijalankan Oktober tahun depan – selepas dia berusia 80 tahun.
Prosedur itu akan dijalankan di Hospital Charing Cross di London.
Sementara menunggu waktu itu, dia dirawat dengan terapi hormon dibekalkan hospital kerajaan.
Kata Ruth, dia hanya mahu menjadi wanita dan keputusannya langsung tidak didorong faktor seks.
“Zaman ini, semua orang mampu memahami keadaan dan bertolak ansur.
“Justeru, anda tidak perlu berpura-pura menjadi seseorang yang anda tidak ingini,” katanya. Rekod penukar jantina paling tua di Britain sebelum ini dipegang bekas pelombong, Roy Colton, 75, yang melakukannya dua tahun lalu. – DM
***Jika LGBT dilaksanakan di Malaysia oleh Anwar Ibrahim.... berita seperti di atas akan menjadi tidak asing kepada rakyat negara ini...

No comments:

Post a Comment