Monday, 30 April 2012

DENGAN MUKA BANGSAT, ANWAR BERI ISYARAT SURUH PESERTA BERSIH REMPUH DATARAN..!!!

Masih dengan isu Bersih 3.0.


Sebenarnya, Anwar sudah buat perangai dalam ucapannya, Bebaskan Dataran Merdeka  dan akan rempuh Dataran Merdeka selepas Zohor.

Dan menjadi seperti yang diduga. Suasana aman berubah jadi huru-hara dan Anwar seperti biasa, hilang entah ke mana, dia bakar perasaan orang lain untuk ke depan berjuang bagi dia jadi Perdana Menteri, dia cabut.
Bukan sahaja penulis, ramai yang mesti perasan mana Anwar? Dia tahu masa Bersih 2.0 dulu dia kena gas pemedih mata tepat kat muka, kali ini pun ada peluang kena, dia cabut siap-siap. Patutnya dia dan Azmin lah ke depan, pimpin peserta demonstrasi. Terkorban pun takpe, kata pemimpin, bukannya hilangkan diri.
Nyata ucapan Anwar di Masjid Negara bersama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali jelas mendorong peserta untuk bertindak ganas.
Kali ini, blog pembangkang paling hebat, Amenoworld sendiri yang dedahkan Anwar punya angkara.
Ini bukan kami atau orang UMNO cakap, ini Amenoworld cakap!! Sebab apa dia cakap, pasal dia manusia rasional yang melihat kepada fakta dan bukannya auta.
Ini sekarang duk cakap semua benda polis special branch (SB) yang buat. Tak tahulah kalau yang berucap tu dan bagi arahan rempuh tu pun SB jugak yang seiras Anwar, kena cek saiz perut untuk pastikan mana yang betul ni.
Berikut sebahagian petikan blog Amenoworld dan klip video di bawahnya;
 (By the way mamat yang dalam ambulan tu, siapa suruh dia pergi dataran dan siapa suruh rempuh dataran, lepas tu mintak pekerja hospital kerajaan jugak tolong dia)
Ini ialah perhimpunan aman. Dsai tak sepatutnya bagi isyarat suruh rempuh halangan. Lepas tue bila rakyat kena serang dia kat mana? Bila rakyat kena balon, dia kat mana? Dsai bagi isyarat, barulah rakyat naik semangat slogankan suruh masuk di waktu chegu bard bagi ucapan bahawa kita tak boleh melepasi sekatan sebab polis tak bagi kebenaran. Apa benda tue?
Demm.
Nak hentam aku? Aku dah agak tegar dsai bersepah. Tapi aku tegar fakta. Aku tak peduli dengan sentimen korang. Aku hanya mahu peduli dengan sentimen rakyat.
1. Dsai bagi arahan = isyarat.
2. Azmin ali menyampaikan isyarat dsai. Ada facebooker cakap azmin ali yang bagi kebenaran tapi kalau lue tengok video di atas neh jelaskan yang azmin hanya membenarkan apa yang dsai arahkan. Arahan tidak keluar dari mulut azmin sendiri.
3. Lepas tue rakyat dok rempuh. Itupun sebab dah dapat greenlight. Yang rempuh tue kita tatau nak cakap apa. Mungkin dia lupa bahawa boss bersih ialah ambiga dan a.samad said bukan dsai.
4. Lepas kena rempuh, baru polis bertindak balas.
5. Jadi seterusnya apa yang berlaku, lue sendiri yang cari pasal.
6. Dengan neh gua surrender dengan segala bagai pendedahan sebab rasa malu. Ada macam2 info bab dataran yang gua dapat. Tapi gua nak masukkan dalam bakol sampah. Erase. Delete. G mampos. Walaupun gua tahu sb memang bersepah tapi gua reti malu bila tengok video kat atas neh. Gua dah taknak amek port pasal isu dataran merdeka lagi dah. Bab sogo dan masjid jamek je gua nak cover.
7. Kalau polis pukul lue di dataran merdeka, itu masalah orang yang bagi arahan.
8. Lepas tue sentimen tersebut mungkin meleret2 di bawa sampai ke sogo.
9. Nasib baik sampai masjid jamek kami kembali bertenang.
10. Dalam pada itu tak kurang berita2 bahawa kematian peserta2 bersih dihebahkan dari mulut ke mulut untuk menaikkan semangat rakyat.
11. Mula2 gua fikir neh kerja sb.
12. Tapi rasanya better gua berfikir semula dan kumpul segala bukti yang ada sebelum buat analisis ia disebarkan oleh sb. Boleh jadi ia bukanlah sebagaimana yang gua sangka.
Dan, nasihat gua kepada diri gua sendiri, gua kena fikir masak2. Gua kali neh benar2 terkejut. Sampai taktau nak gambarkan sejauh mana gua terkejut. Bai.
Lupa, gua juga nak sesiapa bertanggungjawab bersihkan kembali nama unit amal yang teruk kena kecam. Lue yang pandai2 bagi isyarat apahal unit amal pula kena kecam? Lue jangan nak lepas tangan. Tenkiu.

***Pssst.... kalau korang tak berapa faham beberapa perkataan yang ditulis secara 'moden' oleh Amenoworld, mcm aku.... korang fahamkanlah sendiri ye..

No comments:

Post a Comment