Monday, 16 April 2012

CHELSEA ~ BELASAH TOTTENHAM, MELANGKAH BERGAYA KE FINAL

Chelsea Melangkah Bergaya Ke Final Piala FA

CHELSEA menempah pertemuan final Piala FA dengan Liverpool selepas mereka mudah membelasah Tottenham 5-1 pada aksi separuh akhir di Stadium Wembley, awal pagi tadi.
Selepas Chelsea mendahului 2-0 hasil jaringan Didier Drogba (43) dan Juan Mata (49), Tottenham berjaya merapatkan kedudukan menerusi Gareth Bale (56).
Namun anak-anak buat Roberto Di Matteo terus garang selepas itu apabila berjaya menambah tiga lagi gol pada penghujung permainan menerusi Ramires (77), Frank Lampard (81) dan Florent Malouda (90).
Bagaimanapun gol kedua Chelsea yang dijaringkan Mata mengundang kontroversi kerana ia belum melepasi garisan gol tetapi pengadil, Martin Atkinson mengesahkannya sebagai jaringan.
Pengurus Tottenham, Harry Redknapp berkata: “Atkinson melihatnya semula dan tahu dia melakukan kesilapan dan berkata, dia akan menghadapi minggu yang cukup teruk. Tapi ia satu kesilapan dan tindakannya itu bukan atas tujuan tertentu.
“Saya tak nampak mengapa dia perlu beri jaringan itu. Tak nampak pun bola sudah melepasi garisan. Tiada apa perlu dikatakan lagi, teknologi garisan gol perlu diaplikasi segera. Situasi seperti ini tak boleh berterusan. Ia keputusan penting yang menentukan hala tuju perlawanan.
Sementara itu, Di Matteo pula berkata: “Dalam kes gol kedua itu, kami agak bertuah tetapi beberapa insiden sebelum itu memang keputusan pengadil tidak memihak kepada kami. Namun kami bukan hanya jaringan dua gol, tetapi lima.”
Final Piala FA di antara Chelsea dan Liverpool bakal berlangsung 5 Mei depan.

No comments:

Post a Comment