Tuesday, 27 March 2012

MELAMPAU!!! DONG ZONG YANG EKSTRIM


KUALA LUMPUR, 26 Mac – Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) berpendapat Dong Zong wajar bertanggungjawab bila Datuk Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran dikatakan cuba ditumbuk dalam perhimpunan pertubuhan pendidikan Cina itu di Kajang kelmarin.
Tegas Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin perlakuan sedemikian rupa, bukan contoh yang baik dalam sebuah negara demokratik yang merdeka seperti Malaysia.
Jelas beliau lagi hasrat Dong Zong untuk menjadi pertubuhan pendidikan ekstrim Cina di negara ini tidak akan mencapai apa-apa matlamat kecuali menjadikan kaum Melayu dan India lebih berwaspada dengan corak politik dunia pendidikan Dong Zong yang semakin buas sekarang.
“Rentak perang yang dimainkan menjelang pilihanraya membawa maksud yang pelbagai yang kadang-kadang tidak menguntung kaum Cina keseluruhannya di negara ini.
“Bayangkan jika hanya guru Melayu mengajar di SK, hanya guru India mengajar di SJKT. Munasabahkah, wajarkah, adilkah guru berbangsa Melayu dan India yang mengajar di SJKC dihumban keluar semata-mata kerana perbedaan warna kulit?,” ujarnya kepada UMNO-Online mengulas tindakan ganas terhadap Datuk Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran baru-baru ini di Kajang.
Tambahnya, Dong Zong juga dilihat mahu mendekatkan sistem pendidikan negara ini menghampiri sistem aparthied yang telah buat sekian lamanya ditolak oleh semua bangsa di dunia ini.
Jurang pendidikan yang semakin melebar antara golongan rakyat kata beliau lagi tentunya tidak menyumbang kepada negara yang aman, stabil dan makmur.
“Kaum Cina wajar mencari pendekatan yang lebih lunak dalam masyarakat yang berbilang ras dan keturunan di negara ini. Selamatkan negara ini dari arus ekstreme Dong Zong dalam dunia pendidikan,” ujarnya yang juga Mantan AMK Negeri Selangor.
-MediaUMNO

No comments:

Post a Comment