Wednesday, 7 March 2012

KUASA RAKYAT DAPAT JATUHKAN ANWAR IBRAHIM DARI TERUS BERMAHARAJALELA...!!!!

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hanya kuasa rakyat melalui peti undi dalam pilihanraya umum ke-13 adalah satu-satu cara untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada terus bermaharaja lela di negara ini.
“Terpulanglah kepada rakyat Malaysia. Jika mereka suka Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat (penyokong kuat Israel) sokonglah puak yang menerima bantuan dan sokongan Amerika Syarikat.
“Tetapi jika kita ingin betul-betul merdeka, tidak dikongkong oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, tolaklah mereka yang sanggup diperalatkan oleh AS untuk menukar Kerajaan”, katanya dalam tulisan terbaru di blognya, chedet.cc, bertajuk “Peperangan Mesir Melawan NGO
Dalam tulisannya itu, Dr Mahathir membuat perbandingan usaha menjatuhkan kerajaan oleh kuasa asing AS yang diistilahkan ‘regime change‘ di Mesir hampir sama dengan usaha dilakukan di Malaysia.
Menurutnya, dalam mencapai cita-cita mewujudkan kerajaan boneka itu, AS membayar NGO NED (National Endowment for Democracy), dan cabang-cabangnya, termasuk NDI (National Democratic Institute), IRI (International Republican Institute) dan Freedom House untuk menaja calon proksi mereka di Mesir dan Malaysia.
“Bahawa Amerika menyokong Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri (PM) Malaysia adalah jelas dari laporan akhbar dan majalah mereka. Apa yang sedang dilakukan oleh AS di Negara Arab sudah tentu dilakukan juga di Malaysia.
“NGO-NGO yang sedang menghasut dan memburukkan Kerajaan supaya Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri tentu sekali mendapat bantuan kewangan dan media Amerika”, katanya.
Katanya lagi, apabila AS berjaya mengangkat Anwar Ibrahim sebagai PM boneka, maka matlamat untuk menggubal undang-undang yang menghalalkan aktiviti seksualiti songsang LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) dapat dilaksanakan.
“Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat AS untuk melakukan regime change supaya Malaysia menjadi alat AS.
“Sudah tentu setelah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia, tuntutan NGO-NGO berkenaan akan dihalalkan. Sebagai penyokong kuat Israel, AS tetap akan memujuk Anwar supaya mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.
“Tetapi apabila kuasa asing dapat menukar Kerajaan Malaysia dengan pelbagai cara yang haram, apakah Malaysia akan terus merdeka?”, katanya.

No comments:

Post a Comment