PENULIS makin terganggu dengan sekian banyaknya laporan kejadian seks sejenis termasuk jenayah berkaitannya kebelakangan ini.
Di Indonesia baru-baru ini, seorang ulama terkenal , Habib Hasan Assegaf disoal siasat berhubung dakwaan beliau melakukan penderaan seksual terhadap budak-budak lelaki.
Beliau didakwa berbuat demikian selama enam tahun. Menurut laporan agensi berita, kes itu mencetuskan kemarahan banyak pihak dan Habib dilabel sebagai ‘ulama gasang’.
Beliau mempunyai jemaahnya sendiri dikenali sebagai Nurul Mustofha. Jemaah itu adalah yang terbesar di Jakarta dan sering mengadakan ceramah di tempat-tempat awam sehingga menyebabkan banyak jalan ditutup.
Pendedahan mengenai perbuatan ulama itu menggemparkan Indonesia. Kisah tokoh dan individu berimej agama terjebak gejala songsang, makin kerap terbongkar di seluruh dunia.
Pada Januari lalu, seorang paderi Katolik dihukum penjara enam tahun oleh mahkamah di Jerman kerana melakukan penderaan seksual ke atas tiga budak lelaki, dua daripadanya adik beradik.
Kes tersebut turut menjadi perhatian ramai dan menggegarkan Gereja Katolik Roman di negara itu. Bukan satu atau dua tuduhan dihadapi oleh paderi berkenaan. Sebaliknya ia melibatkan 250 tuduhan yang dilakukan dalam tempoh lapan tahun.
PENULIS tertarik dengan kenyataan paderi itu yang namanya tidak didedahkan, ketika perbicaraan. “Adalah salah jika saya kata `tidak’ tetapi untuk menyatakan `ya’ akan menjurus kepada kebenaran.”
Tiada sindrom penafian mahupun pembohongan di dalam mahkamah. Paderi itu masih ada keberanian untuk bercakap benar.
Kes tersebut mengingatkan penulis kepada penderaan seksual ke atas 67 kanak-kanak pekak dan bisu di Institut Katolik di Verona, Itali oleh paderi-paderi antara tahun 1950-an dan 1980-an.
Dalam pada itu, penulis turut teruja dengan kelantangan individu tertentu dalam mengekang gejala gay. Pada awal bulan ini, pemimpin kanan Katolik Scotland, Kardinal Keith O’ Brien menyifatkan rancangan Perdana Menteri Britain, David Cameron untuk membenarkan perkahwinan sejenis sebagai gila.
Katanya, tindakan itu sebagai subversif keterlaluan ke atas hak asasi manusia yang telah diterima secara universal. ‘‘Perkahwinan sejenis akan menghapuskan keseluruhan asas kekeluargaan iaitu ibu dan ayah untuk setiap anak,” tegas beliau.
Baru-baru ini, Presiden Belarus, Alexander Lukashenko dalam satu pertikaman lidah mengkritik Menteri Luar Jerman, Guido Westerwelle yang dikatakan mengamalkan gaya hidup homoseksual.
‘‘Lebih baik menjadi diktator daripada gay, '.' Komennya itu mencetuskan kemarahan kerajaan Jerman.
Paling merunsingkan penulis adalah gejala gay di Malaysia. Ia bukan setakat kisah seorang pemimpin yang mengamalkan homoseksual (enggan membuat pengakuan walaupun sudah banyak bukti) dan gerakan mempromosi gejala seks songsang atas nama hak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di negara ini.
Lebih daripada itu adalah ancaman gejala seks sejenis di peringkat akar umbi yang kian membimbangkan. Ahad lalu, Mingguan Malaysia dalam laporan utamanya menyiarkan hasil kajian seorang kaunselor terkenal, Hushim Salleh bahawa gejala LGBT meningkat secara mendadak.
Paling mengejutkan, daripada 10 lelaki, tiga adalah gay. Itu tidak termasuk pondan. Malah di sesetengah kawasan jumlahnya lebih tinggi iaitu lima daripada 10 lelaki adalah gay.
Penulis sedih kerana kebanyakan mereka adalah daripada golongan muda Melayu, sebahagiannya ‘dilindungi’ oleh rangkaian gay. Kelab-kelab gay yang beroperasi secara rahsia juga kian banyak. Begitu juga lawan web dan blog LGBT yang mempromosi budaya seks songsang.
Kini Malaysia berdepan dengan kebangkitan LGBT, yang bagaikan tidak terbendung. Mengapa peningkatannya begitu mendadak adalah kerana dua faktor. Pertama, ia berkait dengan fenomena global yang penularannya berjaya diperhebatkan ke negara ini menerusi perjuangan terancang pertubuhan hak asasi dan anasir asing.
Kedua, kerana sudah ada inspirasi baru dalam kalangan golongan LGBT iaitu seorang pemimpin politik sebagai ikon gay. Itulah pengakuan ramai pengamal seks songsang. Bayangkan jika pemimpin tersebut suatu hari nanti diangkat menjadi pemimpin negara. Nauzubillah.
Oleh itu pastikan kita jatuhkan PKR kerana jika DSAI menjadi PM maka LGBT akan lebih berleluasa.
ReplyDelete