Rafizi Ramli, pegawai strategi PKR, anak didik Anwar Ibrahim telah menabur fitnah menyatakan kerajaan membayar majlis pertunangan anak Perdana Menteri.
Sila baca di bawah :
Bil Majlis Bertunang Anak Dibayar Oleh Najib, kata hotel.Kenyataan pihak Shang-La Hotel sekaligus menjawab pembohongan Rafizi Ramli dan sekaligus menjatuhkan maruah beliau sebagai 'pengarah strategi pkr.'
Bil katering bagi majlis pertunangan anak Datuk Seri Najib Abdul Razak dibiayai oleh perempuan Perdana Menteri dan bukannya oleh kerajaan persekutuan, kata Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.
"Majlis ini berakhir pada 17 Jun dan bayaran penuh dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan bukannya pada 30 Jun dan bukannya oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO)," katanya.
Menjawab pertanyaan Malaysiakini, pengurusan hotel juga mengesahkan bahawa borang Pesanan Majlis Bankuet atau 'Banquet Event Order' yang didedahkan oleh PKR adalah salinan yang sah.
Sebelum ini juga Rafizi Ramli didapati berbohong tentang kehilangan Anwar Ibrahim selama 2 jam di Twitter dan Facebook, waktu ketika rakaman aksi pelacur China Doll!
Untuk pendedahan tentang Anwar Ibrahim hilang 2 jam : Baca Sini
Tetapi kita berterima kasih kepada Rafizi Ramli kerana telah memburuk-buruk dan menjatuhkan kredibiti boss beliau, Anwar Ibrahim, sekali lagi!
Oleh kerana blunder besar yang berlaku, tentu ada penyokong PKR terfikir, Rafizi Ramli mungkin sengaja ditanam di dalam PKR untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim dari dalam? Tak kot...
Seperkara lagi, Anwar Ibrahim sentiasa bercakap tentang rasuah dan diri beliau bersih dari gejala negatif tersebut. Tetapi yang perlu kita tahu ialah Anwar Ibrahimlah yang menggunakan rasuah untuk meniti karier politik beliau!
Rujuk di bawah petikan daripada buku tulisan Ian Stewart, The Mahathir Legacy: A Nation Divided, a Region at Risk, 2003.Di antaranya :-
"(Anwar) used ... large cash payments to win enough support to secure the position of UMNO deputy president and replace veteran leader Ghafar Baba as deputy prime minister.... Anwar used the payment and patronage system to his advantage.... Anwar's followers - as witnessed by myself and other journalists- were handing out packets of money to acquire support of UMNO division leaders in his 1993 campaign against Ghafar Baba... They were not only working for Anwar but under his instructions."
MiM
Saman aje..kasi aja ckit
ReplyDelete