Sunday, 18 March 2012

HAMPA... SERI DENGAN IRELAND, HOKI GAGAL LAYAK KE OLIMPIK....

Skuad hoki Malaysia gagal layak ke Sukan Olimpik 2012 setelah hanya seri 1-1 dengan Ireland pada Kejohanan Kelayakan Olimpik di Dublin, Ireland hari ini.

Malaysia mendahului pasukan tuan rumah menerusi jaringan Nabil Fiqri Mohd. Noor pada minit ke-40.

Namun Ireland berjaya menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti John Jermyn pada minit ke-60.

Ini bermakna Malaysia sekali lagi gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik selepas kali terakhir menyertai temasya berkenaan pada 2000 di Sydney. - UTUSAN

 

No comments:

Post a Comment