Wednesday, 21 March 2012

DAP HANTAR SURAT KEPADA PM... MINTAK BANTUAN..????

 

Lim Guan Eng DAP merangkap Setiausaha Agung DAP merangkap kroni tegar Lim Kit Siang dengan tanpa malunya telah menulis surat kepada DS Najib Razak, Pengerusi BN merangkap Perdana Menteri Malaysia.

Setelah giat memburuk-burukkan nama UMNO dan kerajaan BN yang dipilih oleh rakyat, Guan Eng DAP mahukan 'layanan setimpal' kononnya Pulau Pinang dianaktirikan padahal peruntukan daripada kerajaan Persekutuan BN tetap disalurkan kepada negeri tersebut.

Di antara surat kroni tegar Kit Siang DAP itu :
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menghantar surat kepada Perdana Menteri pada hari ini agar Y.A.B. Perdana Menteri dapat memberikan layanan setimpal kepada Pulau Pinang dengan menambahkan peruntukan daripada RM2.88 bilion di bawah RMK-10 kepada lebih RM7.2 bilion.
Anda boleh baca sepenuhnya dalam blog Setiausaha DAP itu. Guan Eng DAP juga seolah-olah mengugut kerajaan Persekutuan dengan mendakwa :
Kegagalan Kerajaan Persekutuan berbuat demikian akan dilihat sebagai tindakan terus meminggirkan rakyat Pulau Pinang atau diskrimanasi terhadap negeri Pulau Pinang hanya kerana rakyat negeri ini telah memilih secara demokrasi Pakatan Rakyat untuk memerintah Pulau Pinang.
Ironinya, apabia Guan Eng mahu menuduh kerajaan Persekutuan kononnya diskriminasi, apakah Guan Eng tidak sedar bahawa kerajaan Persekutuan juga telah dipilih secara demokrasi oleh rakyat untuk mentadbir negara Malaysia?

Tanggungjawab kerajaan Persekutuan jauh lebih besar dan lebih rumit jika dibandingkan dengan Lim Guan Eng DAP. Kerajaan Persekutuan perlu memikirkan kesejahteraan 14 negeri yang mempunyai komposisi kekayaan dan tahap pembangunan yang berbeza.

Jika berdasarkan kepada kenyataan Guan Eng itu, pemimpin DAP itu dilihat seolah-olah tidak sanggup berkongsi kekayaan dengan negeri-negeri lain di dalam Malaysia. Sikap pentingkan diri tanpa memikirkan peningkatan kesejahteraan negeri-negeri lain sungguh dikesali.

Tambahan pula, segala infrastruktur dan pembangunan ekonomi yang telah diusahakan oleh kerajaan BN negeri sebelum Lim Guan Eng DAP sepatutnya dapat ditambahbaik oleh kerajaan DAP negeri. 

Skandal bilion ringgit wang rakyat Bayan Mutiara belum selesai lagi, begitu juga dengan skandal terowong yang mendapat tentangan daripada NGO berpengaruh seperti CAP, Persatuan Logistik Malaysia dan Persatuan Alam Sekitar.

Segalanya itu cuba ditutup oleh Lim Guan Eng DAP dengan mengalih perhatian rakyat kepada isu-isu lain. Tetapi berapa lama Guan Eng boleh berlakon?


MiM 

No comments:

Post a Comment