Tuesday, 20 March 2012

BENARKAH RAMALAN DAIM..??? JANGAN MENGAKU KALAH SEBELUM BERPERANG!!!

BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL...!!!
PANTANG PAHLAWAN LARI DARI MEDAN PERANG...!!!
TIDAK SEKALI  AKAN MENYERAH SEBELUM TITIS DARAH TERAKHIR TUMPAH...!!!

Daim Ramal BN Tumbang PRU Kali Ini?

Bekas Menteri Kewangan dan bendahari Umno Tun Daim Zainuddin - yang meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008 - sekali lagi membuat analisis politiknya. Kali ini, ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, beliau berkata kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa.

Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang. Bagi merampas semula Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat, katanya, BN, khususnya Umno perlu mencari barisan kepimpinan yang sesuai.

Bagi mengekalkan Terengganu dan Sabah, Umno negeri masing-masing perlu bersatu. Tetapi untuk mengekalkan Perak akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, komen Daim. Di Negeri Sembilan, di mana BN hanya mampu menubuhkan kerajaan negeri dengan kelebihan enam kerusi sahaja, katanya, parti itu perlu menyelesaikan beberapa masalah khusus.

Meskipun Daim tidak mengulas lanjut mengenai isu-isu berkenaan, namun dipercayai Umno perlu mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan menteri besar, kerana penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, dijangka dipindahkan ke jawatan kerajaan persekutuan.

Bagi Kelantan dan Pulau Pinang, Daim berkata, BN akan kalah di kedua-dua kubu Pakatan Rakyat itu. Daim juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pasukannya sebagai "jeneral tanpa askar".

1 comment:

  1. Itu ramalan Daim... tapi perlu diingat, ramalan beliau PRU 12 (2008) benar belaka... atau mungkin kebetulan, wallahu'alam. Kita merancang, Allah juga merancang.... Namun begitu, setiap orang juga berhak untuk memberikan pandangan mereka... Lihat link berikut : http://matkilaupenang.blogspot.com/2012/03/jeneral-tanpa-askar.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

    ReplyDelete