Friday, 16 March 2012

BENARKAH PRU13 PELUANG DAP, PR LEBIH BAIK DARI 2008??

KITA IKUTI TULISAN BERIKUT YANG DIAMBIL DARI BLOG PEMBANGKANG

Bagaimana saudara menilai persiapan DAP dan Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang?

Masalah yang paling besar setakat ini adalah kita tak tahu bila pilihan raya. Semasa saya di Parlimen kelmarin saya telah beritahu Speaker bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan tidak lama lagi.

Beliau bertanya bila? Saya kata dalam satu dua bulan ini…Tetapi yang mustahak adalah persiapan kita telah bermula.

 Dari segi akar umbi kita, cawangan, peringkat Parlimen, peringkat negeri, kita telah mengadakan kursus, perjumpaan, taklimat dan turun padang untuk bertemu rakyat. Semua ini telah pun bermula.

 Pada hemat saya, kita lebih bersedia sekarang berbanding tahun 2008.

Bagaimana saudara menilai peluang DAP dan Pakatan?

Saya rasa Pakatan Rakyat akan mendapat keputusan yang baik. It goes without saying. Terutamanya DAP yang mempunyai rekod yang cukup baik di Pulau Pinang. Mereka telah menetapkan standard yang amat baik untuk diikuti negeri-negeri lain di Malaysia.

Adun-Adun dan Ahli-Ahli Parlimen kita juga terbukti telus dan amanah, dan ini memberikan harapan baru kepada masyarakat.

Tanpa keraguan kita akan menunjukan prestasi dan hasil yang baik.

Soalnya cuma Sabah dan Sarawak masih menjadi keraguan bagi kita.

Tapi negeri-negeri tersebut pun dilihat mengikuti angin perubahan yang dibawa Pakatan Rakyat.

Apakah isu-isu yang sadauara ingin ketengahkan untuk diketahui rakyat Malaysia secara am?

Sesetengah isu yang mempunyai kesan adalah seperti isu keselamatan. Meski pun kerajaan dan polis mengatakan bahawa kebanyakan kes jenayah berat kita menurun, rakyat masih tidak berasa selamat.

 Contohnya apabila saya balik ke kawasan saya, ia terasa bahawa kes jenayah tidak berkurangan.

Jika kita turun padang kita akan dapati bahawa ramai orang di Ipoh menjadi mangsa ragut, kecurian, rompakan, gangsterisme. Jadi angka-angka yang diberikan kerajaan seperti tak sama dengan realiti yang dialami masyarakat. Jadi kita bertanya adakah ini semua statistik yang betul?

Yang kedua, pemberian wang kepada rakyat Malaysia harus diuruskan dengan betul. Kerajaan kini dilihat memberi banyak ‘hadiah’ dan rakyat kena peka bahawa ini semua adalah sebab pilihan raya sudah pun dekat. Ini adalah untuk sementara sahaja. Janganlah terbawa-bawa.

 Rakyat harus melihat Buku Jingga (tawaran Pakatan Rakyat untuk rakyat Malaysia) dan kita telah membuktikan bahawa kita memang mentadbir dengan baik dan menunaikan segala apa yang kami janjikan. Oleh itu, berilah Pakatan Rakyat satu peluang untuk pilihan raya yang akan datang.

Apakah manifesto Pakatan Rakyat untuk negeri Perak bagi pilihan raya yang bakal menjelang tiba?

Manifesto secara terperinci untuk negeri Perak masih berada dalam perbincangan, tapi dasar-dasar kita secara umum adalah lebih menekankan apa yang dimahukan oleh rakyat negeri Perak.

Antaranya kita akan memberikan statusfreehold atau pegangan bebas kepada tanah-tanah di negeri Perak. [Pegangan bebas – tanah atau rumah menjadi milik kekal pembeli atau pemilik].

Ini adalah satu dasar yang istimewa kerana dasar ini belum lagi diperkenalkan di mana-mana negeri di mana negeri-negeri lain kebanyakanya adalah ‘leasehold’. [Leaseholdatau pegangan sementara – biasanya pemilikan selama 99 tahun; boleh disambung untuk 99 tahun lagi, namun hak selepas tempoh biasanya dipegang oleh kerajaan].

Kita juga akan fokus kepada ketelusan kerajaan negeri dan akan memperjuangkan hak-hak kaum minoriti seperti Orang Asli yang selama ini telah dipinggirkan selama 54 tahun.

Apabila kita menjadi kerajaan negeri, kita telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk Orang Asli, iaitu yang pertama di seluruh Malaysia.

Jawatankuasa Tertinggi Pakatan Rakyat telah memutuskan secara bersama bahawa kita akan ada dua manifesto, iaitu peringkat nasional dan juga manifesto untuk negeri masing-masing yang lebih khusus dan terperinci untuk negeri tersebut. – Roketkini.com


http://roketkini.com/pru13-peluang-dap-pakatan-rakyat-lebih-baik-dari-2008



***Manifesto PRU12 untuk negeri-negeri yang dikuasai PR yang 'sangat istimewa' itu dah tertunai ke???? uhuk...uhuk!!! 

No comments:

Post a Comment