SHAH ALAM – Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chan Kim yang menghantar mesej sulit kepada Exco-Exco Kerajaan Negeri itu ketika sidang dewan sedang berlangsung telah ‘bocor’ di kalangan ADUN Barisan Nasional (BN).
Mesej ‘sulit’ tersebut meminta agar semua barisan Exco agar mempromosikan kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah tersilap dihantar kepada bekas Exco, Datuk Hasan Ali yang kini merupakan ADUN Bebas bagi DUN Gombak Setia yang dipecat sebelum ini.
Mesej tersebut kemudiannya dihantar oleh Hasan kepada ADUN BN mewakili kawasan Sri Serdang, Datuk Satim Diman.
Difahamkan dari Agendadaily.com bahawa mesej berkenaan telah menjadikan Dewan gamat seketika apabila sikap Speaker yang sepatutnya bertindak adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sama ada kerajaan atau pembangkang dipertikaikan.
Meskipun mereka mendesak Chan Kim untuk meminta maaf secara terbuka atas insiden memalukan serta tidak bermaruah itu, Speaker berkenaan berkeras untuk tidak berbuat demikian.
Tindakan Chan Kim yang menyalahi etika sidang Dewan itu menyebabkan ketidakpuasan hati di kalangan ADUN-ADUN BN yang lain dan tujuh orang dari mereka nekad untuk keluar dari persidangan DUN hari ini.
Sebelum keluar dari Dewan ada kedengaran sindiran dari mereka yang menyifatkan perbuatan Chan Kim itu melambangkan ‘keadilan’ dan ‘kebebasan’ yang dilaungkan Pakatan Rakyat selama ini.
‘Rahsia’ yang bukan lagi rahsia sulit di antara Speaker DUN itu sekaligus menjadi ‘bahan lawak jenaka’ di kalangan pengamal politik di Selangor dan membayangkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu sememangnya sentiasa tidak adil. – Mynewshub.my
Allah dah tunjuk segala penipuan pihak PR yg.selalu penipu.Cukup la rakyat selangor....sedar la bahawa PR telah tipu u all.wASALAM.
ReplyDelete