Monday, 12 March 2012

ANWAR ADA RANCANGAN BESAR BERSAMA PIHAK ASING!!!


KUALA LUMPUR 11 Mac – Kemenangan besar pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008 bukan semata-mata kerana rakyat kecewa dengan kerajaan, sebaliknya ia hasil rancangan besar agensi perisikan antarabangsa selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon campur tangan asing.
Perkara tersebut didedahkan bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman (gambar) dan dakwa pemegang ‘diari merah’ ketua pembangkang itu, segala gerak kerja, propaganda, slogan dan serangan politik pembangkang ditentukan pihak asing yang dibiayai pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa, Friedrich Naumann Foundation (FNF).
Menurutnya, permohonan supaya campur tangan itu telah dihantar kepada pihak berkenaan melalui dua pucuk surat pada 2007.
Sambil mengesahkan bahawa surat tulisan Anwar kepada Presiden National Endowment for Democracy (NED), Carl Gershman dan penyangak mata wang berbangsa Yahudi, George Soros adalah benar, Rahimi berkata, badan perisikan antarabangsa itu juga menghantar lima utusan khas bagi membantu pembangkang.
“ramai menyangka kemenangan luar biasa pakatan pembangkang pada 2008 adalah disebabkan kemarahan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) tetapi yang tidak tahu sebenarnya kemenangan bergaya itu khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah disebabkan campur tangan pihak asing.
” Slogan Anwar, Harapan Baru Malaysia diputuskan oleh seorang konsultan Amerika Syarikat (AS) yang pernah berkhidmat dengan Presiden Bill Clinton, manakala pemilihan gambar Anwar sambil mengangkat tangan untuk dijadikan bahan kempen pula diputuskan konsultan dari Turki yang dibiayai FNF.
“Selain itu, bermula pada 2007, seorang warga AS, Aasil kazi Ahmad dibayar hingga RM30,000 sebulan dan dia yang dibantu tiga lagi lelaki asing telah merangka gerak kerja, perang saraf serta latihan kepada PKR termasuk bagaimana maklumat dalam sistem Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) ‘diceroboh’.
‘Aasil Kazi Ahmad adalah utusan khas yang dikirim agensi perisikan antarabangsa tersebut bagi membantu menjayakan misi menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri, selepas permohonan rasmi dibuat Ketua Pembangkang melalui dua pucuk surat pada 2007″, katanya kepada Utusan malaysia di sini, hari ini.
Pada 7 Mac lalu, blog www. anwaraidc.com mendedahkan dua pucuk surat Anwar bertarikh 18 Jun 2007 dan 29 julai 2007 menggunakan kepala surat Anwar Ibrahim & Associates (AIA) , sebuah syarikat milik ketua pembangkang itu yang berpengkalan di Virginia, AS bagi memohon campur tangan asing.
Pendedahan surat itu, serta penglibatan pihak asing dalam gerak kerja parti PKR kemudian diakui sendiri oleh seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan turut sama mengesahkan perkara tersebut adalah bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Muhamad Fairuz Khairuddin.
Dalam pada itu, Rahimi mendakwa rancangan besar pihak asing dalam membantu kemenangan pakatan pembangkang pada 2008 tidak hanya terhad kepada gerak kerja. sistem logistik dan program latihan sahaja, sebaliknya turut merangkumi penyaluran dana dalam jumlah hampir mencecah beratus-ratus juta dollar AS.
Katanya, hasil dana tersebut membolehkan Anwar membayar wang deposit kepada semua calon PKR yang bertanding pada tahun 2008 sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), mahupun parlimen, selain turut membekalkan antara RM5,000 hingga RM15,000 seorang bagi tujuan kempen pilihanraya.
“Pada pilihanraya 2008, tidak ada seorang pun calon PKR yang mengeluarkan duit poket sendiri bagi membayar wang deposit, semuanya ditanggung Anwar dan saya merupakan individu bertangungjawab diamanah untuk memasukkan semua wang tersebut ke dalam akuan calon masing-masing”, dakwanya –Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment