Tuesday, 28 February 2012

PHAHROLRAZI vs AZIZAN : PERBEZAAN PENDAPAT YANG 'KRITIKAL' PUNCA ENGGAN DILANTIK SEMULA


ALOR SETAR: Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, beliau enggan dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri Kedah kerana mempunyai perbezaan pendapat yang “kritikal” dengan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam soal pentadbiran kerajaan negeri.
Bagaimanapun, katanya, jika pimpinan PAS Pusat mahu beliau kembali menjadi Exco, beliau bersedia mempertimbangkannya tetapi dengan syarat-syarat tertentu dan pendapatnya diambil kira.
Beliau yang menyifatkan masalah beliau dengan Azizan, yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, sebagai masalah peribadi berkata beliau berhak untuk tidak terus menjadi Exco kerana sebagai Exco beliau perlu taat kepada ketua dan jika tidak beliau perlu “keluar”.
“Dalam organisasi kita hendaklah setuju dengan pemimpin kita. Kalau ada banyak perkara yang tak setuju kita tak boleh duduk dalam organisasi itu.
“Sebagai kerajaan kita ada tanggungjawab bersama, kalau tak setuju kena ada cara untuk kita tak susahkan mereka (ketua). Menteri Besar ada pendapat dia sendiri. Pendapat itu perlu dihormati.
“Perbezaan pendapat itu memang biasa. Kalau dalam 10 perkara, perbezaan pendapat hanya satu, dua tak apa tapi kalau dah enam, tujuh, ia tak wajar.
“Tindakan seperti ini perlu (tidak sambung untuk jadi Exco) adalah supaya organisasi lebih tenang,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini.
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment