Monday, 13 February 2012

KES 'HITAM METALIK'.... NASIB NGA KOR MING DITENTUKAN KHAMIS..!!!???

ngakorming513

DAP bijak mengatur strategi apabila nak menghadapkan Nga Kor Ming, Setiausaha  DAP negeri Perak ke jawatan kuasa disiplin parti itu pada waktu orang ramai dah mula lupa mengenai dakwaan perbuatannya.
Tetapi yang lebih menghairankan Nga yang juga ADUN Pantai Remis bakal berdepan dengan jawatankuasa disiplin dipengerusikan Tan Kok Wai Khamis depan membabitkan isu salahguna kuasa sewaktu menjadi EXCO kerajaan Perak.
Hanya satu tuduhan dikenakan terhadap Nga tapi isu beliau memanggil Menteri Besar Perak sebagai “hitam metalik haram jadah” dilupakan DAP.
Isu ini tak dibangktikan dan dibawa ke jawatankuasa disiplin.
Kita menunggu reaksi pemimpin-pemimpin bukan Melayu dalam DAP mengenai kenyataan Kok Wai nak hadap Nga mengenai isu salahguna kuasa, bukan isu rasis tadi.
Nga yang juga ahli parlimen Taiping dilantik menjadi salah seorang anggota EXCO kerajaan pimpinan DS Nizar Jamaluddin selaku Menteri Besar sebaik Pakatan Rakyat (DAP, PKR dan PAS) menubuhkan kerajaan negeri.
BN (dulunya Perikatan) yang berkuasa di Perak sejak merdeka  buat pertama kali  kalah tapi kembali berkuasa setelah tiga ADUN pembangkang menarik sokongan dan menjadi wakil-wakil rakyat Bebas.
Dengan tumbangnya kerajaan PR, BN diberi mandat berkuasa dan ADUN Pangkor Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir  dilantik menjadi Menteri Besar Perak ke11.
Sejak itu banyak isu terdedah kepada umum tentang penyelewengan kerajaan pakatan termasuklah isu yang membabitkan Nga Kor Ming seperti yang didedahkan oleh banyak pihak.
Untuk rekod Nga juga telah mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang blogger tempatan yang membuat dakwaan beliau telah menyalahguna kuasa itu.
Selain dari Nga, Dr. P.Ramasamy,  Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II juga berdepan tindakan disiplin.
Dengan itu tumpuan kini tentulah pada Khamis ini mengenai nasib Nga dan Ramasamy.
Bagaimanapun jika dilihat tuduhan terhadap kedua-dua tokoh DAP ini, isunya berbedza.
Dr P. Ramasamy dan setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming akan berhadapan dengan jawatankuasa disiplin DAP Khamis ini berhubung isu berbeza.
Kok Wai memberitahu Bernama bahawa mesyuarat Khamis pada pukul 4 petang di Kuala Lumpur bakal  melihat perkara yang ditimbulkan itu.
Ramasamy  berdepan empat aduan manakala satu aduan dibuat oleh DAP cawangan Greenwood di Ipoh terhadap Nga.
Ramasamy berdepan kenyataan serta memanggil Pengerusi Karpal Singh sebagai “ god father-warlord”.
Perang mulut Karpal dan Ramasamy nampaknya tidak menemui jalan penyelesaian walaupun campurtangan pemimpin tertinggi DAP sehingga terpaksa berdepan jawatankuasa disiplin.
 
Sebelum Kok Wai mengeluarkan kenyataan, Karpal dipetik Bernama meminta mesyuarat jawatankuasa disiplin diadakan segera untuk memutuskan aduan yang dibuat terhadap Ramasamy.
Sebagai reaksi Pengerusi jawatankuasa disiplin itu “macam hot saja” berkata pihaknya sebenarnya telah menetapkan Khamis  membincangkan masalah itu kerana anggotanya sibuk dengan majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina.
"Saya harap anggota parti tidak pergi kepada media untuk membangkitkan perkara berhubung disiplin parti. Beliau (Karpal Singh) boleh menghubungi saya pada bila-bila masa untuk mengetahui bila kami akan bermesyuarat," katanya.
Tan juga berkata selain isu Ramasamy dan Nga, jawatankuasa disiplin akan turut membincangkan mengenai demonstrasi bantahan sekumpulan anggota parti terhadap pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau di Muar, Johor, Disember tahun lepas.
Kumpulan itu dilapor tidak puas hati dengan Boo yang didakwa merancang meletakkan calonnya sendiri untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Bentayan di Johor pada pilihan raya umum akan datang.
Pemerhati politik melihat langkah DAP membawa isu berprofil tinggi ke jawatankuasa disiplin kerana mahu menunjukkan parti itu tidak berkompromi terhadap pemimpin yang menyalahguna kuasa.
Tetapi apa yang menghairankan DAP tidak pula merujuk pemimpinnya (seperti Kor Ming) mengenai isu tomahan terhadap pihak lain seperti UMNO.
Kor Ming dipetik menyifatkan Menteri Besar Perak Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir sebagai “hitam metalik haram jadah.”
Isu itu membuka mata banyak pihak termasuk pemimpin Melayu dalam DAP yang berpendapat Nga patut dihadap ke jawatankuasa disiplin dengan segera.
Ini bagi membersihkan imej DAP dari tanggapan umum bahawa ia parti rasis dan tidak berdisiplin.
Ngo-Ngo di Perak masih menunggu kenyataan rasmi DAP pusat mengenai keceluparan Nga terhadap Menteri Besar.
Malah ada yang sudahpun berkempen agar DAP tidak mencalonkan ADUN Pantai Remis itu semula dalam PRU ke13.
SUMBER :  AGENDA DAILY

No comments:

Post a Comment