Saturday, 4 February 2012

IBU MAHU JENAZAH ANAKNYA DIBAWA PULANG UNTUK DIKEBUMIKAN DI KAMPUNG.....

Ibu Pemimpin Jemaah Islamiyah Yang Ditembak Rayu Jenazah Anaknya Dibawa Pulang

Ibu Pemimpin JI Yang Ditembak Rayu Jenazah Anaknya Dibawa Pulang

Ibu kepada pemimpin Jemaah Islamiyah, Zulkifli Abdul Hir yang terbunuh dalam serangan pihak berkuasa Filipina semalam, merayu agar jenazah anaknya itu dibawa pulang dan dikebumikan di sini.
Aminah Abdul Aziz, 64, yang tinggal di Kampung Jeram Masjid, Bakri, Muar, Johor berkata, jika benar anaknya itu telah terbunuh, dia berharap kerajaan Malaysia dan Filipina dapat mengusahakan sesuatu bagi membolehkan jenazah anaknya dibawa pulang.
“ Saya terkejut bila dimaklumkan mengenai kematiannya kerana saya tidak mendapat sebarang khabar berita daripadanya sejak dia meninggalkan rumah kira-kira 12 tahun lalu.
” Zulkifli adalah seorang jurutera telekomunikasi di Kuala Lumpur, suatu hari tu dia ada pulang ke rumah bersama isteri dan tiga anaknya. Dia kata hendak menghantar keluarganya ke Kluang.
” Sejak itu dia menghilangkan diri,” kata Aminah yang dipetik dari akhbar The Star.
Aminah, yang kini tinggal dengan seorang pembantu rumah warga Indonesia berkata, setiap hari dia berdoa agar Zulkifli pulang ke pangkuannya dan meninggalkan perjuangan Jemaah Islamiyah.
Dia mengaku ada diberitahu mengenai penglibatan anaknya itu dalam kegiatan pengganas di Filipina oleh sanak saudara mereka dan pegawai polis beberapa tahun lalu.
” Kalau benar dia dah meninggal dunia, tolong bawa pulang jenazahnya ke Muar,” rayu Aminah.
Subuh semalam, tentera Filipina membunuh tiga pemimpin paling dikehendaki termasuk Zulkifli daripada kumpulan Abu Sayyaf dan pertubuhan Jemaah Islamiah (JI) dalam serangan ke atas kubu kuat mereka di selatan negara itu.
Selain Zulkifli, sejumlah 15 militan terbunuh dalam serangan itu, termasuk pemimpin Abu Sayyaf warga Filipina, Umbra Jumdail dan warga Singapura, Abdullah Ali alias Muawiyah, kata jurucakap tentera, Kolonel Marcelo Burgos.
Zulkifli dianggap pemimpin kanan dalam JI dan kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah menawarkan hadiah berjumlah AS$5 juta (RM15.5 juta) untuk membunuh atau menangkapnya, dan AS$50,000 (RM155,000) bagi penangkapan atau pembunuhan Abdullah.
Burgos berkata, tentera melancarkan serangan awal pagi ini di pekan Parang, Pulau Jolo yang menjadi kubu kuat Abu Sayyaf dan sekutu mereka daripada JI yang berpangkalan di Indonesia.
Umbra yang juga dikenali sebagai Dr. Abu telah banyak kali bolos daripada serangan tentera Filipina dan muncul sebagai tokoh utama dalam Abu Sayyaf.
Kumpulan militan itu didakwa terlibat dalam beberapa serangan pengganas paling dahsyat di Filipina, termasuk serangan bom di dalam sebuah feri di Manila yang membunuh lebih 100 orang, serta banyak insiden penculikan di selatan negara ini.
Abu Sayyaf memberi perlindungan kepada anggota JI di Jolo dan Basilan, termasuk paling kanan antara mereka iaitu Zulkifli dan Abdullah, yang melarikan diri daripada buruan pihak berkuasa di negara masing-masing.
Abdullah melarikan diri ke selatan Filipina sejurus selepas serangan bom di Bali pada 2002, kata pegawai perisikan tentera Filipina - TQ MyNewsHub

1 comment:

  1. mak cik rayu kat sapa tu???? kat kerajaan ke??? ermmmm.... kerajaan jugak kan.... jgn risau mak cik, kerajaan yg ada ni mmg prihatin.. mengundi jgn lupa pangkah BN!!!

    ReplyDelete