Friday, 3 February 2012

ADAKAH ANDA SAKIT MENTAL..???

Kalau soalan ini ditanyakan kepada orang yang benar-benar sakit mental, pasti akan dinafikan dengan sekeras-kerasnya.... orang sakit mental tidak akan mengaku dia sakit mental.... betul ke? 





Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus (12%) rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.


Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Abdul Kadir Abu Bakar berkata, statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental.


Keratan akhbar berikut menunjukkan seorang daripada 9 rakyat Malaysia ada sakit mental.... statistik terbaru menunjukkan ianya semakin meningkat..




"Macam kemurungan ada dua peratus, sakit risau ada 1.8 peratus dan psikosis ada satu peratus. Penyakit mental yang serius adalah macam psikosis, dan kemurungan... penyakit keresahan itu pun kronik juga dan kemudiannya penyakit ringan-ringan yang lain,” katanya ketika ditemui di sini.


Katanya, Tinjauan Kajian Mobiditi dan Kesihatan itu juga mendapati wanita dua kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki.


"Puncanya bagi wanita kerana masalah dengan pasangan dan masalah dengan anak-anak... kedua-dua ini punca yang penting. Bagi lelaki pula punca lebih kepada kemalangan jalan raya yang mana mengalami kecederaan otak dan penyalahgunaan dadah,” katanya. - BERNAMA




***Tanjong Rambutan sinonim dengan sakit mental...

No comments:

Post a Comment