MULA-MULA.... TERKEZUT JUGA!!!
1. Pemimpin PKR Ditangkap Khalwat
KUALA LUMPUR 26 Feb – Kemelut PKR dijangka akan berterusan setelah dilaporkan seorang pemimpinnya ditangkap khalwat di sebuah hotel di Pahang.
Menurut blog papagomo, pemimpin PKR itu, Badrul Amin Bahrum telah ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang pada 2.45 petang di Swiss Garden Pahang.
Beliau ditangkap khalwat bersama pasangannya yang bernama Zatiwani yang berkerja sebagai juruteknik di Kolej Komuniti Rompin Pahang. Zatiwani juga merupakan Isteri kepada Fazli Pungut.
Menurut blog itu lagi, suami wanita yang ditangkap khalwat itu turut sebak ketika bersama Jabatan Agama Islam Pahang dalam serbuan berkenaan dan kecewa dengan pemimpin yang mengambil kesempatan atas pengaruh yang ada pada Badrul Amin.
Badrul Amin sebelum ini juga menyamakan Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahadi. Inilah kepimpinan PKR yang sememangnya mengalami masaalah moral yang teruk sebagai pemimpin rakyat.
2. Al Kisah… Yang Khalwat Arah Cuti, Yang Liwat Nak Dilantik Perdana Menteri
ITULAH dia pun keadilan mengikut fahaman PKR. Kalau yang khalwat tu diarahkan bercuti dan bersih nama, sedangkan yang meliwat dan melanggan pelacur China (lengkap dengan video) nak diangkat mereka menjadi Perdana Menteri. Jauh kata nak disuruh bercuti, makin galak lagi ada... DI SINI 3. BUKTI BERGAMBAR.... BADRUL AMIN KETIKA DITANGKAP!!!
Foto yang didakwa Badrul Amin serta pasangannya yang ditahan akhirnya tersebar.
Sangat memalukan seorang pemimpin Islam yang agak warak dengan kegiatan dakwah bebasnya telah terjebak dengan salahlaku moral yang sangat menjijikan.
Islam hanya diguna sebagai alat pemuas nafsu..
NAMUN LIHAT PULA YANG INI.........
4. Badrul Amin nafi laporan ditangkap khalwat
SINAR HARIAN
SHAH ALAM - Pemimpin kanan PKR, Dr Badrul Amin Baharon menafikan laporan media bahawa beliau telah ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan awal pagi semalam, sebaliknya menegaskan beliau hanya mahu membantu seorang wanita yang berhadapan dengan masalah keluarga.
Badrul Amin berkata, beliau akan hadir di pejabat Jaip esok untuk diambil kenyataan oleh agensi itu.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan, Badrul Amin berkata, beliau beranggapan bahawa kejadian terbaru ini satu tindakan terancang untuk "memerangkap dan mengaibkan saya."
Badrul Amin berkata, wanita berkenaan telah menghubunginya kelmarin dengan nada cemas dan menyatakan hasrat untuk melarikan diri dari rumah kerana bimbangkan keselamatan diri.
Bagaimanapun, menurut Badrul Amin, beliau telah menasihatkan agar wanita berkenaan tidak berbuat demikian.
5. "Ostad Badrul ajak ke bilik.., tapi bukan untuk khalwat.."
lAWO GAK NAA...PATUL LAH!! HIK3
Sinar Harian berjaya menjejak wanita didakwa berkhalwat dengan Badrolamin itu. Apa sebenarnya kisah di sebalik kejadian?
Walau enggan namanya disiarkan, namun wanita itu tidak keberatan berkongsi cerita dan menerangkan kedudukan sebenar kepada pembaca Sinar Harian khasnya. Ikuti pengakuan eksklusif daripada beliau.
“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!
“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin). Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!
“Saya berada di luar bilik hotel. Bukan bersama ustaz dalam sebuah bilik seperti dakwaan.
“Namun kerana tindakan khianat itu, ustaz kena kurung dan dibelasah dalam biliknya.
“Saya pergi menemui ustaz Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam.
“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini.
“Saya memang kenal rapat ustaz dan isterinya sejak mengikuti rombongan umrah pada 1 Mei tahun lalu dan kami sering berhubung antara satu sama lain.KOME CHECK LA .....KAT SINI
6. Panas!!! Lagi Bukti Ostaz Khalwat kaki balun bini
ADA LAGI GAMBOR.... DI SINI
OLEH KERANA BELIAU BANYAK CAKAP SANGAT, MAKA :
7. Isu Khalwat : Banyak Kenyataan Badrul Amin Keliru Lagi Mengelirukan
KUALA LUMPUR 28 Feb – Bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Zahid Mat Arip bukan sahaja hairan, malah tertanya-tanya kenapakah UMNO hendak dikaitkan dengan isu tuduhan khalwat Ahli Majlis Pemimpin Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr. Badrul Amin Bahron di Kuantan beberapa hari lalu.
Beliau juga tertanya-tanya kenapakah pemimpin PKR itu tidak membuat laporan Polis bahawa beliau telah dipukul oleh 20 samseng seperti mana kenyataan awal sejurus peristiwa berkenaan.
“Saya juga hairan, jika beliau dipukul oleh 20 samseng seperti mana dakwaaan beliau tidak ada nampak kesan dan bengkak di tubuh Ustaz Badrul Amin itu. Ilmu apa yang dia pakai?
“Lagi satu, jika beliau membuat laporan Polis, saya percaya itu adalah langkah terbaik agar pihak berkuasa melakukan siasatan dan seterusnya menangkap mereka yang memukulnya sepertimana dakwaan beliau.
“Bagaimanapun saya ‘menyanjung tinggi’ usaha Ustaz Badrul Amin untuk menyelamatkan wanita berkenaan dan memberikan kaunseling pada pukul 3.00 pagi. Kaunseling seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kaunselor lain,” ujarnya.
Zahid pada masa yang sama turut menyarankan agar Ustaz Badrul Amin mengadakan “road show” ke seluruh negara dengan mengaitkan perkara berkenaan dengan UMNO dan BN.
“Malah saya juga ingin menyarankan agar beliau berjumpa dengan Ambiga agar mengadakan Bersih 3.0 untuk membersihkan individu yang tahu kemunculan Imam Mahadi. Saya percaya ramai pemimpin Pas dan sekutunya akan turut serta kelak,” katanya.
Zahid seterusnya mengingatkan Ustaz Badrul Amin dengan satu pepatah iaitu “ustaz” tomyam tiga rasa.
Ketika ditanya lanjut apakah maksud pepatah berkenaan, Zahid menjelaskan beliau tahu dan yakin pemimpin PKR itu pun tahu maksud pepatah berkenaan.
Badrul Amin di dalam sebuah portal dilaporkan khuatir kes itu akan dijadikan permainan politik kotor oleh UMNO.
“(Ini) kerana pemandu/pembantu saya telah didatangi oleh enam orang yang tidak dikenali yang menawarkan ‘imbuhan lumayan’ sekiranya (dia) sanggup bekerjasama dengan mereka untuk ‘jadi saksi memburukkan saya,” katanya dalam satu kenyataan media.
Badrulamin juga mendakwa beliau diberitahu oleh ayah kepada wanita yang dituduh berkhalwat dengannya itu bahawa seorang ahli parlimen Pahang yang sekarang bertugas di luar negara ada meminta nombor telefon suami wanita berkenaan melalui ketua kampung di situ. -MediaUMNO
8. Badrulamin: Dipukul 20 Orang Dan Masih Selamba?
DAKWA sang tersangka dalam kasus khalwat dengan isteri orang di Kuantan, dirinya dipukul 20 orang lelaki, dpercayai samseng dibawa suami wanita dimana dia tertangkap berkhalwat dengannya. Pelik dan hairan kepada kita bila selepas dipukul 20 orang, Ustaz ini kelihatan selamba, tidak cedera, tidak dimasukkan ke hospital dan boleh pula berbalas sms dengan rakan-rakan se PKRnya pada malam kejadian.
Gamaknya kalau dibelasah 20 orang lelaki, mahu terus ke hospital, kalau tidak langsung ke kubur. Apatah lagi dalam hal ini tertangkap dengan isteri orang, tak payah 20 oranglah, suami perempuan tu saja dah cukup dah. Ini kita cakap dari sudut fakta dan logik, tidak ada persepsi atau andaian. Cerita dipukul 20 orang lelaki inipun bukan keluar dari mulut sesiapa yang lain, dari mulut Badrulamin juga, sebelum tu sapa yang tahu pun?
Bukan setakat dipukul, Badrulamin turut dakwa dikurung sehinggalah pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sampai. Maksudnya di situ, sudah ada 2 kesalahan ‘kumpulan 20’ yang didakwa wujud oleh Badrulamin, peliknya dia masih enggan buat laporan polis (walaupun ada saksi).
9. ALU MASUK LESUNG PULAK DAHHH!!!!
IZATI : "saya cabar kemukakan bukti, alu masuk lesung"
"apa salah kami berdua2an dalam bilik hotel ... saya dalam kesusahan, suami ancam pukul saya, hanya abang badrul amin yang boleh bantu"
**** BODOH PIANG PUNYA BETINA..!!!!
NI APA HAL PULAK... BABITKAN TENGKU MAHKOTA PAHANG....!!!!
10. Tengku Mahkota Pahang Nafi Dakwaan Campur Tangan Kes Khalwat Pemimpin PKR
KUANTAN, 28 Feb – Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang kini menjalani rawatan di Korea Selatan, hanya ingin mengetahui siapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditangkap kerana berkhalwat.
Menurut sumber yang sah, Tengku Mahkota Pahang tidak pernah campur tangan dalam isu tuduhan khalwat terhadap pemimpin PKR terbabit.
Lapor Bernama menurut sumber berkenaan, pada malam 25 Feb lepas, Tengku Abdullah yang berada di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Seoul, telah menitahkan seorang pegawainya untuk bertanyakan siapakah pemimpin PKR terbabit.
“Pegawai berkenaan telah menghantar pesanan khidmat ringkas (sms) kepada saya: “Titah u check sape pemimpin PKR yg kena khalwat di Phg..tq”,” katanya di sini, hari ini.
Menurut sumber berkenaan, beliau telah menghubungi Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman untuk bertanyakan perkara berkenaan sebelum memaklumkan kepada Tengku Mahkota.
Semalam, Pengarah Penerangan kerajaan Selangor Dr Badrulamin Bahron mendakwa beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota Pahang mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya.
Beliau berkata kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Mahkota yang didakwa mengenalinya secara peribadi.
JAIP pada Sabtu lepas dilaporkan menahan seorang pemimpin PKR kerana disyaki berkhalwat dengan wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan.
Bagaimanapun, Timbalan Pengarah JAIP Datuk Mohd Gazali Abd Aziz menafikan dakwaan Badrulamin bahwa tangkapan itu adalah ‘komplot terancang’ daripada pejabat agama itu.
Sebaliknya, beliau menegaskan tindakan itu dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguat kuasa JAIP supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama dengan lelaki lain.
Menurut sumber berkenaan, dakwaan yang mengatakan Tengku Mahkota telah mengarahkan orang kanannya bertemu Dr Badrulamin adalah tidak benar sama sekali.
Tengku Mahkota kini menjalani rawatan di sebuah hospital di Seoul dan dijangka berangkat pulang pada 6 Mac ini.