Saturday, 7 January 2012

SIAPAKAH BELIAU...???

Tolong Bakar Mayatku...Dengan Gitarku Sekali!

Seorang lelaki yang ditemui mati dipercayai membunuh diri dengan menyedut gas helium (gas belon) dalam sebuah resort di sini sempat meninggalkan nota kepada keluarga meminta supaya mayatnya dibakar bersama gitar kesayangan manakala abunya ditabur ke laut di Pantai Timur.
Nota dalam Bahasa Inggeris yang ditinggalkan mangsa yang berusia 28 tahun dari Kuala Lumpur itu turut menyebut dia sudah letih dengan masalah yang dilalui dan mahu berehat dengan aman di sini.
Dalam surat itu juga, dia sempat memuji keindahan pantai di sini dan memilih sebuah bilik resort menghadap pantai di Beserah untuk mencari ketenangan sebelum mengakhiri riwayat hidupnya.
Di dalam perenggan terakhir nota itu, mangsa memaklumkan dia meninggalkan satu pendrive di dalam sampul surat yang diletakkan di atas meja penginapan untuk ibu bapanya namun tidak diketahui isi kandungannya.
Dia yang dipercayai tertekan dengan masalah kehidupan turut meninggalkan sekeping nota ringkas yang tertera beberapa maklumat termasuk nombor telefon kedua-ibu bapanya, punca kematian dan kereta jenis Toyota Vios hitam yang diletakkan di tepi resort terbabit.
Dia dipercayai mendaftar masuk ke resort itu kira-kira jam 4 petang 4 Januari lalu sebelum ditemui mati dalam keadaan terlentang lengkap berpakaian di atas katil bilik penginapan bersama sebuah gitar berwarna merah yang berada di bahagian atas dadanya.
Mayat mangsa ditemui seorang pekerja resort kira-kira jam 5 petang kelmarin dalam keadaan muka di baluti plastik lut sinar dengan wayar getah yang disambung terus kepada tong gas helium di tepi katil.
SETERUSNYA....DI SINI

No comments:

Post a Comment