Kenali Hata Wahari, seorang bekas wartawan Utusan Malaysia yang telah dipecat kerana selalu mendatangkan masalah kepada akhbar tersebut.
Setelah dipecat, Hata Wahari mula menyimpan dendam terhadap bos lamanya lalu berpakat dengan PKR untuk menghentam Utusan dan Kerajaan.
Pada mulanya, Hata Wahari bersama Nurul Izzah cuba menerbitkan Utusan Rakyat. Namun permintaan mereka telah ditolak oleh KDN.
Seiring dan sejalan...jeng jeng jeng |
Kemudian Hata Wahari menerbitkan Harian Malaysia versi online setelah gagal dengan Utusan Rakyat. Namun Harian Malaysia juga projek gagal Hata Wahari.
Kenapa MyMassa kata Harian Malaysia gagal? Kerana Harian Malaysia bukannya akhbar online tetapi lebih kepada blog peribadi Hata. Kalau pembaca tidak percaya, cuba saksikan sendiri akhbar online tersebut di http://www.harianmalaysia.my/.
Berita dalam akhbar tersebut kebanyakannya adalah diambil dari BERNAMA. Berita-berita yang diterbitkan pula 100% dicedok dari akhbar lain cuma tajuknya diubah mengikut irama propaganda pembangkang. Lebih menyedihkan, tiada gambar dalam artikel yang dikeluarkan kecuali gambar Nurul Izzah. Ini ke projek Hata Wahari yang nak menyayingi Utusan?
Bangang betul wartawan macam Hata Wahari. Memang patut kena pecat dari Utusan. Tiada kualiti langsung. Yang lawaknya, akhbar yang kononnya nak memperjuangkang keadilan ini sendiri mengamalkan budaya kronisme.
Siapa Laile Wahari dan Shawal Wahari? Bukan kroni ke. |
Bila dah gagal, mulalah mencari pihak lain untuk disalahkan. Dan salah satu pihak yang disalahkan adalah blogger pro- Kerajaan.
Sebenarnya Hata Wahari cemburu dengan blogger pro Kerajaan yang berjaya menghasilkan posting yang lebih menarik dari artikelnya di Harian Malaysia. Malah ranking Alexa blogger pro Kerajaan lebih tinggi dari Harian Malaysia (Harian Malaysia di ranking 5227). Bayangkan blog boleh kalahkan portal media.
*Kalau ikut ranking terbaru Alexa, Harian Malaysia langsung tak masuk ranking. MEMALUKAN!
Hata Wahari...apa maksudnya dalam bahasa Inggeris? "hari" = days..."Wa" = counted..."Hata" = Your...jadi sepenuhnya "Hata Wahari" = Your days are counted...bungkus, bankrupt..kaput...ngeh, ngeh, ngeh....
ReplyDeleteHahahaha.... sekali baca, mcm nama Jepun pun ada. Kenapa dia pilih DAP? Kenapa tidak PKR atau PAS?? Mungkin nk cpt jd YB... bkn ke DAP sdg berura2 nk ltk calon melayu dlm next PRU. Masuk la DAP mana tau tercalon nnti, silap2 leh jadi MB, DAP pasti tersenyum lebar, berjaya kuda kayu kan Melayu spesis bodoh!!!
ReplyDelete